Saturday, February 13, 2010

Titisan Air Mata Percintaan..



Kisah ini sungguh meruntun hatiku...dua insan yang menyimpul teguh ikatan sebuah persahabatan yang tak kan luntur...pertemuan yang tidak dijangka akhirnya memutikkan perasaan sayang dan cinta...tetapi...mereka terpaksa kuburkan cinta mereka demi orang lain...mereka juga telah menjadi mangsa atas pembohongan orang lain. Apakah ini patut berlaku?
Kisahnya begini...

Safuan, seorang yang tidak pandai untuk mencari teman istimewa sentiasa berpelisiran dengan kawan2nya. Pada suatu hari kawannya telah memperkenalkan seorang kenalan wanita dengan hanya berbekalkan no telefon sahaja. Safuan yang tak biasa utk berbicara dgn wanita telah memberanikan diri utk menelefon wanita itu..tapi tidak dijawab. Safuan cuba menghantar sms dan setelah beberapa hari akhirnya Safuan menerima balasan yang menjadikan dirinya begitu gembira.
Zaleha, seorang perempuan yg agak pemalu, manis orangnya dn bersopan santun sebenarnya adalah wanita yang sedang mengalami kesedihan yang amat sangat sejak kehilangan ibu dan ayah yang tercinta. Lebih-lebih lagi Zaleha telah bercerai dengan suaminya akibat kebuasan nafsu seorang lelaki yang tidak pernah puasa dengan seorang isteri.
Ditakdirkan, Safuan dan Zaleha telah berkenalan. Mereka menyulam hari demi hari dengan berbalas madah melalui sms. Akhirnya Safuan memberanikan diri untuk berbicara dengan Zaleha. Pertama kali mendegar sahaja suara Zaleha, Safuan merasakan begitu tenang dengannya. Safuan cuba menggembirakan hati Zaleha yang gudah gulana dengan cerita2 lucu dengan harapan Zaleha dapat kembali ceria untuk meniti hari seterusnya.
Semakin lama hubungan mereka semakin rapat, tetapi Safuan tidak pernah meluahkan perasaannya kepada Zaleha kerana dia takut Zaleha akan menolak cintanya. Safuan tahu yang dia hanyalah pemandu lori tidak seperti Zaleha lepasan universiti dan berjawatan tinggi. Safuan cuba meluahkan apa yang terbuku di hati dengan menghantar madah2 untuk tatapan Zaleha tapi dalam nada berjenaka. Zaleha yang sudah mengenali Safuan sering beranggapan itu semuanya gurauan Safuan. Tetapi akhirnya dalam diam2 Zaleha pn telah mula menyanyangi Safuan. Tapi dia takut Safuan takan mahu menerimanya kerana dia adalah seorang janda.
Masing-masing memendam perasaan sehingga suatu ketika Zaleha dipinang oleh jejaka yang juga sahabat karib kakaknya. Dengan rasa sedihnya Zaleha memberitahu kepada Safuan tentang berita itu. Safuan agak terkilan dan mengharapkan Zaleha akan menolak pinangan lelaki tersebut. Tanpa Safuan tahu, Zaleha terpaksa menerima pinangan itu atas paksaan kakaknya.Zaleha begitu hampa kerana dia mengharapkan Safuan untuk meluahkan perasaannya di hari dia memberitahu tentang pinangan tersebut. Malangnya Safuan tidak berbuat demikian.
Keesokan harinya, selepas upacara peminangan tersebut Safuan bertanya kepada Zaleha apakah dia menerima lamaran itu. Zaleha dengan tenang mejawab yang dia sekarang sudah menjadi tunangan orang. Safuan begitu kecewa lalu meluahkan perasaannya kepada Zaleha yang dia sangat2 menyanyangi diri Zaleha. Zaleha terkedu dan akhirnya berderailah air matanya apabila mendengar pengakuan Safuan. Zaleha juga turut menyatakan bahawa dia juga menyanyangi Safuan dan tidak pernah memikirkan tentang status apakah pekerjaan Safuan. Safuan berasa amat menyesal kerana tidak meluahkan apa yang ada di dalam hatinya hanya kerana bimbang tentang latar belakang dirinya tanpa mengetahui Zaleha bukan lah mata duitan.
Hari-hari yang berlalu adalah merupakan jalan yang berduri bagi mereka berdua. Safuan tetap menyulam cinta bersama Zaleha walaupn dia tahu Zaleha akan berumah tangga. Zaleha cuba memberitahu kepada keluarganya tentang hubungan nya dengan Safuan tetapi ditentang keras oleh keluarganya. Akhirnya Zaleha bernikah dengan jejaka pilihan kakaknya. Safuan tidak dapat membendung kemarahan hatinya...begitu marah terhadap Zaleha kerana sanggup berkahwin dengan orang lain. Walaupun Safuan tahu Zaleha tidak berdaya untuk menolak kehendak keluarganya. Safuan tidak dapat mengawal perasaannya. Baginya, Zaleha adalah wanita pertama yang dia cintai dan dia betul2 tidak dapat melupakannya. Ditakdirkan oleh Allah Safuan terkena Demam Denggi Berdarah. Dia dimasukkan ke hospital. Zaleha menderita kerana tidak dapat menerima kehadiran suami barunya dan merasa terseksa kerana telah membuat Safuan kecewa. Semasa Safuan masih lagi berada di hospital, Zaleha merasakan yang Safuan benar2 marah terhadapnya dan tidak mahu lagi bercakap dengannya. Zaleha tidak mengetahui yang Safuan telah dimasukkan ke hospital. Zaleha menjadi murung semula dan fikirannya sering runsing kerana asyik terkenangkan Safuan. Takdir telah ditentukan...Zaleha terjatuh dari tangga dirumahya dan telah mengalami pendarahan yang teruk di kepala.
Dipendekkan cerita, kawan Safuan datang menjenguk Safuan di hospital. Tiba2 dia ternampak Zaleha diusung masuk ke ICU dengan tergesa2. Kawannya hanya dapat melihat darah yang banyak di bahagian kepala Zaleha. Kawan Safuan telah memberitahu kepada Safuan apa yang telah dia nampak. Dalam kedaan yang terhoyong hayang Safuan berkejar ke Unit ICU dengan ditemani oleh kawannya. Diluar bilik ICU, keluarga Zaleha sedang bersedih di atas keadaan Zaleha. Safuan menanti penuh harapan agar Zaleha selamat. Setelah beberapa jam di dalam Wad ICU, doktor membenarkan kakak sulung Zaleha untuk masuk ke dalam. Safuan yang masih lagi demam itu tiba2 jatuh pengsan dan dia diusung untuk kembali ke biliknya.
Setelah Safuan sedar, kawannya memberitahu bahawa Zaleha telah meninggal dunia. Betapa luluh hati Safuan kerana tidak dapat melihat wajah Zaleha buat kali terakhir. Safuan bertanyakan dimana Zaleha dikebumikan tetapi malangnya kawannya tidak mengetahuinya.
Apabila Safuan pulih daripada sakitnya, dia cuba untuk menghubungi keluarga Zaleha dengan menggunakan no telefon Zaleha. Dia amat kecewa kerana no itu tidak digunakan lagi. Safuan hilang punca. Dia menangis kerana Zaleha adalah wanita yang dia cintai. Hiduplah Safuan bersama memori indah dan madah2 yang sentiasa menghiasi hidupnya bersama Zaleha. Hanya itulah saja pengubat rindunya terhadap Zaleha. Safuan berasa terkilan yang amat sangat keran tidak dapat menziarahi kubur orang yang dia sayang. Haya fatihah sahaja yang mampu dia panjatkan buat insan yang banyak menceriakan hari-harinya. Bagaimana Safuan ingin melupakan semua ini. Apakah dia mampu untuk mencari pengganti?
Zaleha yang disangka mati oleh Safuan sebenarnya telah dibawa keluar negara oleh suaminya untuk rawatan lanjut. Dia mahu Zaleha melupakan terus Safuan dan membina hidup baru. Tapi apakah Zaleha boleh melupakan Safuan? Dan adakah Safuan tabah untuk menjalani kehidupannya tanpa Zaleha? Entahlah kerana cerita yang saya tahu hanya setakat itu sahaja...semoga mereka tabah untuk menjalani kehidupan masing2. Kawan Safuan yang terpaksa berbohong demi kebaikan keluarga Zaleha telah bertindak tanpa memahami hati kedua-dua kawan baiknya sendiri. Sebenarnya kawan dia lah yang lebih menderita kerana merahsiakan hal yang sebenar daripada dua orang sahabat yang dia sayangi. Kawan Safuan terpaksa menanggung derita di atas penderitaan dua orang yang banyak membantunya selama ini.