UFO atau juga nama panjangnya unidentified flying object dah biasa kita dengar dari dulu lagi...Masa saya seorang kanak-kanak kecil..saya memang gemar untuk menonton cerita tentang UFO yang pada anggapan saya cerita yang paling misteri yang agak merapu tapi kerana minat kat cerita-cerita filem yang berunsur science fiksyen saya pun tontonlah. Semakin lama semakin meningkat usia saya suka membaca artikel-artikel berkenaan tentang UFO ni...tentang kaitannya dengan Bermuda Triangle dan yang paling mengujakan apabila ia bersangkutan dengan pendaratan atau penerbangan UFO di ruang udara Malaysia. Ia memang amat mengujakan saya untuk terus membaca....
Dah lama saya lupakan kisah UFO ni..tapi tup-tup sedang saya menlayari internet (memang hobi pun) untuk membaca artikel-artikel yang menarik yang terlintas di hati saya tiba-tiba saya terpaku dengan satu tajuk artikel iaitu Kembali Kemunculan UFO di Malaysia – Video 2010...wow tajuk yang amat menarik untuk kita kongsikan bersama...
Jom...saya kupaskan tentang kedatangan UFO kat Malaysia ni, sama ada kita sedar atau pun tidak...mugkin ada sesetangah kita beranggapan ini hanyalah tahyul atau rekaan semata-mata...so terpulang pada yang punya beranggapan begitu tapi tak salahkan kalau kita ambil tahu tentang apa yang berlaku di sekitar negara kita walaupun kita tak minat pn...hehe...
Berlaku di sekitar Malaysia Tahun 2010
Kemunculan benda asing yang bernama UFO kelihatan melintas sekitar pukul 20.00 waktu
Malaysia, Li Kangwei salah satu saksi yang melihat kejadian tersebut mengaku melihat benda itu terbang dengan teleskop miliknya tanpa sengaja. Beliau menceritakan ciri-ciri benda yang dia lihat tersebut, bentuknya pipih-oval seperti piring terbang berwarna biru, kalau terbang rendah warna cahaya yang dipancarkan berangsur-angsur berubah menjadi merah, mirip seperti apa yang pernah ditayangkan dalam television. Saksi yang melihat kemunculan UFO tersebut juga memberitahukan kepantasan terbang benda asing itu sangat cepat, kira-kira 2 kali melebihi kepantasan pesawat yang ada dibumi. Li pun menyatakan “Selama tiga malam, benda tak dikenal itu terlihat sebanyak dua kali. Yakni saat mereka mengapung di udara, dan saat terbang menyilang,”.
Terdapat lebih 140 kes UFO ‘singgah’ di Malaysia dicatatkan dalam tempoh 30 tahun lalu. Bagi peminat ‘piring terbang’, UFO bukan lagi khayalan.
ZAID ZAIN, 43, sedang minum di sebuah restoran di Larkin Perdana, Johor Bahru, pada 17 Mac lalu apabila anaknya yang berusia 10 tahun, Mohd. Nauman menelefon untuk memberitahu dia ternampak sebuah objek pelik berlegar-legar di ruang angkasa.
Sebagai seorang yang obses dengan fenomena objek terbang tidak dikenali (UFO), Zaid bergegas pulang. Ketika itu jam baru menunjukkan pukul 8.30 malam manakala dada langit kelihatan cerah.
Menurut beliau objek itu mempunyai dua warna iaitu putih dan hijau. Jika dilihat dari rumahnya, ia seperti betul-betul berada di ruang udara Stadium Larkin,
Sekalipun UFO dianggap cerita dongeng oleh kebanyakan orang, masih ada rakyat Malaysia yang mempercayainya malah mendakwa pernah melihatnya. Menurut laporan, terdapat lebih 140 kes kemunculan UFO di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 30 tahun lalu iaitu dari tahun 1981 hingga 2008.
Tanjung Sepat di Selangor dan Sungai Petani, Kedah ialah lokasi paling kerap objek itu didakwa muncul iaitu masing-masing sebanyak 10 dan lapan kali kali. Satu anggaran kasar pernah menyatakan pendaratan UFO di seluruh dunia berlaku setiap 15 minit atau 30 minit.
Bagi bekas kakitangan kerajaan, Ahmad Jamaludin, 56, kemunculan UFO menjadi petanda gempa bumi akan berlaku di Sumatera, Indonesia. Kejadian gempa bumi di Sumatera dipercayai berlaku dalam tempoh 24 jam hingga tiga bulan selepas UFO dilaporkan muncul. "Jarak kemunculan UFO adalah bergantung kepada kekuatan gempa bumi itu. Jika magnitud 5 (biasanya kalau berlaku di kawasan utara Sumatera), ia (UFO) akan muncul di sebelah utara Semenanjung. Misalnya Pulau Pinang atau Kedah.
"Tetapi, jika magnitud itu lagi kuat, ia akan pergi jauh lagi, contohnya di Kelantan, Terengganu. Bergantung kepada magnitud tersebut," katanya.
Memiliki pengalaman selama 33 tahun dalam bidang kaji kuman dan penyakit haiwan akuatik, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Ahmad menyatakan bahawa berdasarkan kajian menerusi kompilasi data-data sejak lebih tiga dekad lalu, UFO lazimnya muncul pada waktu malam. Data-data yang konsisten menunjukkan UFO biasanya muncul pada pukul 8 malam. Tetapi puncanya masih belum diketahui, beliau yang mula mengkaji tentang kehadiran UFO di Malaysia sejak tahun 1978. Ahmad berpendapat kekerapan kemunculan UFO mempunyai kitarannya sendiri.
Kemuncak kemunculan objek asing ini akan berlaku setiap 10 tahun. Tahun 2001, misalnya, dikategorikan sebagai tempoh kehadiran UFO paling banyak. Jadi gelombang itu bakal berulang lagi pada tahun ini atau tahun hadapan.
Kenapa hendak mengkaji UFO?
Dengan mengkaji pendaratan UFO, kita dapat buktikan bahawa terdapat makhluk lain selain daripada manusia. Pakar-pakar astronomi turut meramalkan terdapat jutaan bintang yang ada penghuninya. Tapi satu pun tidak sampai ke sini kerana jaraknya terlalu jauh.
Bagaimanapun, Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Zulhabibullah Ismail, memberitahu sehingga kini tiada bukti secara saintifik wujudnya UFO. Pengkaji di Amerika Syarikat dikatakan pernah terjumpa dengan makhluk asing yang dipercayai UFO namun apabila dikaji hasilnya hanyalah bangkai binatang ataupun manusia. Malah kajian Angkasa berdasarkan aduan orang ramai yang mendakwa melihat UFO di Perak, Johor dan Kelantan sebenarnya hanyalah objek payung terjun, belon kaji cuaca serta pergerakan arus elektrik di udara. Bicaranya lagi, kajian yang beliau lakukan juga mendapati objek yang disangka UFO ialah komet dan meteor. Seperti belon cuaca, ia mempunyai aluminium yang boleh memantulkan cahaya dan kelajuan angin membuatkan ia pantas bergerak.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat sendiri pernah mengkaji dengan serius sama ada UFO wujud atau tidak dengan memasang radio teleskop gergasi di kawasan pergunungan bagi berhubung dengan makhluk misteri itu. Tetapi program itu gagal walaupun berbilion dolar telah dihabiskan.
Penceramah bebas, Datuk Md. Daud Che Ngah pula memberitahu, tiada satu pun ayat di dalam al-Quran dan hadis Nabi yang mengatakan wujudnya UFO. "Yang ada ialah cerita mengenai syaitan, jin dan makhluk halus lain. Memang makhluk ini boleh bertukar rupa tetapi saya tidak pernah mendengar cerita jin bertukar menjadi piring terbang UFO," ujarnya
So apa yang boleh saya katakan hanyalah Wallahualambissawab.....