Thursday, September 2, 2010

Mengkristiankan Umat Islam - Berhati-hati Dengan Cara Terbaru Mereka

Sebagai umat Islam di zaman moden ini, kita perlu lebih berhati-hati di dalam memilih kawan.  Banyak laman web yang menyajikan kita satu khidmat untuk mencari kawan ataupun pasangan kekasih.  Disini saya menyeru dan berhati hati kepada semua pembaca, tentang info modus operandi memurtadkan budak Islam terutama berbangsa melayu dengan mengunakan gadis muda yang cantik melalui laman sosial myspace.  Dari info yang saya dapat dari sebuah halama web...kes ini berleluasa terutama di daerah Kuala Kurau, ada satu kumpulan budak perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik yang dibastiskan keagama kristian bergerak secara aktif terutama dinegeri perak bagi menjebak budak budak muda dalam halaman sosial myspace.

Modus operandi mereka adalah pada mulanya mereka akan berkenalan dengan mana mana lelaki dihalaman sosial myspace tersebut dengan cara melayan dengan kata kata indah dan memberahikan dan kemudian menyerat mereka dengan cinta palsu dan mereka ini sanggup melayan nafsu seks lelaki yang mereka jumpa walaupun buat kali pertama.

Operasi mereka tidak dijalankan dengan masa singkat tetapi mereka akan menyerat cinta palsu mereka dengan tempoh yang lama bagi meyakinkan mangsa yang mereka benar benar cintakan mangsa..setelah mangsa hanyut dengan cinta palsu tersebut budak budak perempuan ini akan mengikis wang serta apa yang ada pada mangsa secara perlahan lahan tanpa disedari mangsa tanpa disedari kerana mangsa percaya yang yang budak perempuan itu benar cintakan mangsa.

Yang paling kritikal ialah budak akan menjalankan visi mereka dengan memberi minum air suci yang dikenali sebagai holly water tanpa disedari mangsa dalam tempoh perkenalan.. Yang paling terakhir visi mereka budak perempuan ini akan meminta dari mangsa mereka bagi membuktikan cinta mereka dan membawa mereka kesebuah gereja di sebelah utara bagi mengkristiankan mangsa.  Mangsa yang terjerat akan juga mengikut oreradi mereka untuk mengkristiankan umat islam..

Dari info yang saya dapat mereka ini semua akan dibayar elaun yang cukup tinggi setelah mereka berjaya mengkristiankan setiap mangsa..saya harap info ini dapat disebarkan bagi menyelamatkan anak anak muda kita dari terpesong dari agama Islam kita yang suci ini..

Satu lagi email yang saya terima pada hari ini cuba menyedarkan kita bahawa golongan yang ingin menyesatkan umat Islam ini ada di mana-mana....kita perlu berwaspada dan jangan mudah terpengaruh dengan layanan mesra mereka atau bantuan kewangan yang mereka salurkan....bacalah catatan yang telah di emailkan kepada saya hari ini:

PENGAKUAN BEKAS SEORANG PADERI

Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang.

Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun.

Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hinggasekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00,bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan -Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi,Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:

1.Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja.
2.Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang).

Senawang terlibat seramai 200 orang,ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian.

Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah diKristiankan,susah untuk dinasihati kerana kebanyakannya anak Menteri dan Datuk-Datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Banting, Kamariah bt Sidek -lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari)

En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke NibongTebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib.

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian.

Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak).

Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah.Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen.


Air mineral yang mengandungi holly water
Al-Baramkah , Al-Mansori , Al-Bistaria , Al-Mansur , Al-Mubarakh , Al-Barakah Al-Bestari.

Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

'Sebarkanlah walau satu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.'

(Surah Al-Ahzab:71)

demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri,anak-anak,kaum keluarga, saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah

ALLAH HU AKBAR..MAHA SUCI ALLAH


Wednesday, September 1, 2010

Segitiga Bermuda Juga Ada di Indonesia...Jadi Berhati-hatilah

     Sebelum ini saya sering terbaca yang Segitiga Bermuda atau 'Bermuda Triangle hanya berada di benua Amerika.   Misterinya pun masih lagi belum terungkap....tup-tup...hari ni sedang saya membaca berita2 dunia sambil mencari info-info yang luar biasa tetiba saya dikejutkan dengan artikel - artikel tentang Segitiga Bermuda Di Indonesia.    Ini memang spekulasi yang mengejutkan dan rupa-rupanya ia sedang hangat diperkatakan di Indonesia.  Lintasan Segitiga Bermuda di Indonesia adalah dikenali sebagai  “The Masalembo Triangle“.



Berdasarkan pembacaan saya  dari artikel-artikel yang dikemukakan, Segitiga Masalembo adalah segitiga yang serupa dengan segitiga bermuda di kepulauan Bahama. Segitiga Masalembo ini terletak di perairan laut Jawa, tepatnya pertemuan antara laut Jawa dengan Selat Makasar. Jika dilihat dari gambar di atas kepulauan Masalembo ini lebih cenderung ke selat Makasar dibanding dengan laut Jawa.

Beberapa kejadian aneh dan kecelakaan pernah terjadi di daerah segitiga tersebut. Masih ingat peristiwa tenggelamnya kapal Senopati?? KM Teratai?? atau yang lebih dahsyat lagi peristiwa hilangnya pesawat Adam Air?? Peristiwa-peristiwa tersebut terjadi di daerah segitiga maut ini lah.  Bukan baru2 ini saja, dulu pada tanggal 27 Januari 1981 KM Tampomas II terbakar di laut dan karam, lokasi kejadian di segitiga maut ini juga.  Cuba baca artikel di bawah ni.....

“Lokasi kecelakaan KM Teratai sekitar tiga mil dari bibir pantai Majene dan enam mil dari lokasi jatuhnya pesawat Adam Air,” kata Ignatius dalam laporannya kepada Menhub Jusman Syafii Jamal di Bandara Sultan Hasanuddin, Makassar, Senin (12/1)

Banyaknya kecelakaan dan peristiwa aneh lainnya di daerah tersebut membuat daerah segitiga tersebut menjadi daerah terlarang di perairan Indonesia. Huiiii...kalau dibaca betul-betul meremang bulu tengkuk sebab dekat ngan tempat kita  Apa jadinya kalau ternyata Indonesia juga memiliki daerah segitiga maut seperti halnya segitiga Bermuda..? apakah kita takut untuk melewati daerah tersebut..?

Lepas satu artikel ke satu artikel lain...cuba mencari kebenarannya...akhirnya ku temui jawapan secara logikal dan berdasarkan faktor geo tempat tu....soooo...kita teruskan pemgembaraan kita ke dunia Geografi  Fizikal la pulakkkk...kegemaranku....



Di atas ini digambarkan arus laut di Indonesia, terutama Indonesia Timur. Cuba kita  perhatikan arus yang melalui kawasan Segitiga Masalembo ini. Pada bahagian atas (garis hijau) menunjukkan air laut mengalir dari barat memanjang di Laut Jawa, berupa monsoon stream atau arus musim. Arus ini sangat dipengaruhi oleh cuaca dan musim. Sedangkan dari Selat Makassar ada arus lain dari utara yang merupakan t aliran air laut akibat perbezaan suhu lautan. Kedua arus ini bertemu di sekitar Segitiga Masalembo.  Jadi...makanya tentu saja arus ini akan sangat mempengaruhi pelayaran laut disini. Arus musim ini sangat dipengaruhi juga oleh suhu air laut akibat pemanasan matahari. 

Kalau dibandingkan dengan Segitiga Bermuda, lokasi Segitiga Masalembo juga tidak menunjukkan keanehannya. Segitiga Masalembo ini lebih ditentukan oleh faktor gangguan alam atau faktor fizikal dan yang pastinya bukan mistik. Yang mungkin paling dominan adalah faktor meteorologi termasuk didalamnya faktor cuaca, termasuk didalamnya angin, hujan, awan, kelembaban air dan suhu udara yang mungkin memang merupakan manifestasi dari konfigurasi batuan serta kondisi geologi, oceaografi serta geografi yang sangat unik.

Boleh teruskan pencarian fakta di Berita Seputar Selibritis...laman ni banyak menerangkan faktor-faktor yang menyebabkan di Indonesai ada Segitiga Bermuda.....jadi jangan terlalu takut tapiiiii perlu berhati-hatiiiiii......



 


Monday, August 30, 2010

Happy Independence Day Malaysia!!!!!!!!

Malaysia 
My peaceful country 
although many races living with 
but we live happily 
hopefully Malaysia will remain secure 
from the threat of evil enemies 
May we always keep your name 
in the eyes of the world ...
Insyallah...Allah will bless you
If the people follow the right rules  
Merdeka! Merdeka! Merdeka!



Jangkaan hari kiamat Pada tahun 2012

20 Perkara Pelik, Aneh, dan misteri 2012



Ada 20 perkara aneh yang saya temui ketika melakukan pencarian fakta bagi membuat pengisian laman blog saya tentang jangkaan Hari kiamat Pada 2010. Boleh jadi ada di antara fakta ini hanya gimik para bloggers atau mereka yang obsess dengan 2012. Namun perhatikan juga di balik fakta-fakta aneh ini terkandung fitnah akhir zaman.
Amaran penulis; Kita sekadar perlu mengetahui tetapi tidak seharusnya mempercayai segala-segalanya..
  1. 2012 arahan Roland Emmerich bukanlah satu-satunya filem Bolkbuster yang dibikin untuk ditayangkan, masih terdapat 2 buah filem lagi dengan judul 2012 : The War For  Souls arahan Micheal Bay  (pengarah filem Transfomers) menanti atau ditangguhkan tayangannya – menjadi tanya tanya; lihat trailer-nya. Sementara itu ada sebuah filem 2012 dari pengarah yang sama karya Roland Emmerich Pengarah lebih dahsyat, ngeri dan suspens, dengan penampilan pelakon Will Smith (apakah ini sequel filem The Independence Day). Persoalan bila pula filem ini hendak ditayangkan atau apa kesudahan karya ini? (lihat trailer-nya di sini).
  2. Dalam filem 2012 Makkah tidak dipilih sebagi lokasi yang dimusnahkan. Pengarah Roland Emmerich dikecam kerana tidak berani menggambarkan kehancuran Makkah tempat suci umat Islam. Sementara tempat peribadatan Vatican digambarkan kehancurannya. Dia mendapat kritikan hebat sehingga digelar penakut, lihat pautannya di sini.
  3. Yang benar dan hampir pasti berlaku pada 2012 adalah fenomena galaktik iaitu jajaran sistem solar kita akan selari dengan pusat galaktik cakra suria. Fenomena ini hanya berlaku pada setiap 26,000 tahun.
  4. Kaum Maya telah  mengetahui tentang fenomena ini pada tahun 600 SM lagi. Bermula dari kaum proto Maya – Olmec sehingga pada kaum Aztec. Bayangkan sebelum kebangkitan nabi Isa as, mereka telah memiliki kemahiran ilmu astronomi yang tepat?
  5. Ada sebuah Planet ke-12 yang digelar oleh Zechariah Sitchin dalam bukunya “The Twelfth Planet” atau Nibiru akan mendekati orbit bumi pada 2012. Ia dikatakan akan menghampiri bumi setelah melakukan pusingan orbit bujur, lihat pautan ini.
  6. Gambaran keseluruhan kemusnahan dunia dalam filem “2012” dan filem “Knowing” (lakonan Nicholas Cage) bermula dengan kemusnahan matahari ia bertepatan dengan hadis Nabi SAW tentang tanda besar terjadinya kiamat, iaitu apabila matahari terbit dari barat.
  7. Imam Mahdi dikatakan akan muncul sekitar tahun 2012 – 2015. Banyak pendapat ini terbit dari kaum Syiah yang memang sedang menunggu Imam ke-12 mereka (tidak ada hadis sahih mengenainya).
  8. Agama dan kepercayaan purba seperti Hindu (Kali Yuga kalender), Hopi (Red Indian di Arizona), Dogon (kaum asli Afrika)  dan I Ching ( kalender purba China) turut mengandungi ramalan kemusnahan yang akan terjadi pada 2012. Apakah ia satu kebetulan?
  9. 21 Disember 2012 jatuh pada hari Jumaat. Pengarah filem 2012 Roland Emmerich sengaja memilih 21 Disember 2012 sebagai tarikh kemusnahan bertepatan dengan hadis kiamat.
  10. Tarikh sebenar berakhir era Mayan berdasarkan kitab purba kaum Maya Popol Voh adalah 22 Disember 2012 bukan 21 Disember (fakta rujukan dari Maurice Cotterell, penemuan J Erich Thompson) , kenapa memilih 21 Disember pada hari Jumaat?
  11. Munculnya The Shining One. Satu tanda tanya dari mana terbitnya ramalan kedatangan tokoh penyelamat yang diberi nama the Shinnig ones yang akan muncul bertepatan dengan kehancuran dunia 2012?  Lihat pautan ini.
  12. Berlaku perubahan era transisi spiritual. Inilah thesis Barbara Hand Clow bahawa tahun 2012 akan berlaku transisi spiritual. Lihat pautan ini.
  13. Komuniti New Agers menanti zaman Aquarian Ages. Zaman Baru yang dijangka berlaku selepas 2012 setelah satu kemusnahan besar terjadi. Lihat pautan ini.
  14. Dalam filem 2012 Presiden kulit hitam adalah Presiden Amerika yang terakhir.
  15. 5 filem kemusnahan dunia sebelum 2012; adalah  Terminator (kemusnahan akibat nuclear bom), Earth Stand Still (kemusnahan disebabkan alien), War of the World (kemusnahan disebabkan alien), Knowing (kemusnahan disebabkan matahai) dan Watchers (kemusnahan akibat nuclear bom).
  16. Alien akan turun ke bumi dan berlaku first contact manusia dengan alien. Berdasarkan penafsiran corp cicrles. Lihat pautan ini.
  17. Sebuah negara baru akan muncul pada 2012 negara yang digelar New Jerusalem.
  18. Nostrdamus meramalkan akan berlaku perang dunia ke III. Lihat pautan ini.
  19. Bible code ms 85. Ada mesej tersembunyi dalam bentuk kod berada dalam Bible Hebrew. Meramalkan pembunuha Yitzahak Rabin (nama pembunuh  Amir turut ditemui dalam kod itu), komet akan menghentam bumi. Lihat pautan ini.
  20. Apa yang disebut dalam kitab purba Maya bukanlah kemsunahan dunia atau kiamat pada 2012, tetapi muncul zaman dan era baru pada 2012. Tarikh kiamat yang disebut dalam kitab Popol Vuh mereka adalah pada 4772.
* Sumber: laman web Kalam Nurani 





Gempa Bumi Ciptaan

Firman Allah yang bermaksud: "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).." (Surah ar-Ruum, ayat 41).

Allah s.w.t amat membenci golongan yang melakukan kerosakan di muka bumi. Firman-Nya yang bermaksud: "Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedangkan Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Surah al-Baqarah, ayat 205).

Telah diberitakan kepada semua manusia bawa perlakuan kerosakan yang berlaku di zaman ini adalah tindakan orang yang tamak dan rakus untuk kepentingan diri.

Sejenis teknologi baru telah berjaya dicipta oleh pihak Amerika dan juga pihak Rusia iaitu di namakan HAARP. High-Frequency Active Auroral Research Project, HAARP ini telah menjadi senjata yang sangat berbahaya dan menakutkan. Teknologi ini mampu memanipulasikan cuaca mengikut gelombang magnet yang kita pancarkan.

Teknologi baru ini dengan cara melepaskan gelombang elektromagnet ke langit ionosfera sebelum ia melantun ke bumi berdasarkan unjuran koordinat pilihan.

HAARP sangatlah hebat iaitu pemilihan gelombang melemahkan kesihatan hinggalah menggalakkan pergerakan kerak bumi.

Suatu contoh yang pernah berlaku adalah gempa bumi di Haiti yang berukuran 7.6 skala richer pada 12 Jan, 2010. Ia bagaikan suatu percubaan yang sangat kejam sehingga membunuh ribuan orang.

Dengan adanya teknologi seperti ini, mungkin peperangan lebih mudah dicapai tanpa perlu menjatuhkan bom.

Planet Nibiru, Hari Malang 2012 dan Cosmophobia

1.  Apakah jangkaan asal bahawa dunia akan berakhir pada Disember 2012?
Cerita ini bermula dengan mendakwa bahawa Nibiru, yang seharusnya planet ditemui oleh kaum Sumeria, akan menuju ke Bumi. Zecharia Sitchin, menulis fiksyen tentang peradaban Mesopotamia purba Sumeria, mendakwa dalam beberapa buku (misalnya,The twelfth Planet, diterbitkan tahun 1976) bahawa dia telah menemui dan menterjemahkan Sumeria dokumen yang mengenalpasti planet Nibiru ini, ia mengelilingi Matahari setiap 3.600 tahun. Dongeng Sumeria ini merangkumi cerita tentang "astronaut kuno" melawat Bumi daripada sebuah tamadun orang asing yang dikenali sebagai Anunnaki. Lalu Nancy Lieder, menyatakan dirinya seorang psikis mendakwa dia adalah perantara makhluk asing, telah menulis dalam laman webnya Zetatalk, bahawa penghuni planet di sekitar bintang Zeta Reticuli memberi amaran kepada beliau bahawa Bumi dalam bahaya kerana ancaman daripada Planet X atau Nibiru. Bencana ini pada awalnya diramalkan pada Mei 2003, tetapi ketika itu tidak ada apa yang terjadi, dan tarikh kiamat itu bergerak maju hingga Disember 2012. Hanya baru-baru ini dua fabel ini dikaitkan dengan akhir kalendar Maya menghitung musim sejuk yang panjang di Solstice pada tahun 2012 - maka dianggarkan hari kiamat tarikh 21 Disember 2012. (Untuk maklumat lanjut sila lihat:- http://en.wikipedia.org/wiki/2012_doomsday_prediction.

2. The Sumeria adalah tamadun pertama yang terbesar, dan mereka banyak membuat jangkaan tepat tentang astronomi, termasuk kewujudan planet Uranus, Neptun dan Pluto. Jadi mengapa seharusnya kita tidak percaya akan ramalan mereka tentang Nibiru?

Nibiru adalah salah satu nama dalam astrologi Babel(Babylonian) kadang-kadang dikaitkan dengan dewa Marduk. Nibiru muncul sebagai watak kecil dalam puisi ciptaan Babel Enuma Elish seperti yang tercatat di perpustakaan Assurbanipal, Raja Assyria (668-627 SM). Sumeria berkembang jauh lebih awal, dari sekitar abad ke-23 abad ke-17 SM. Mereka yakin bahawa Nibiru adalah sebuah planet dimana ia bertentangan dengan para sarjana yang (tidak seperti Zecharia Sitchin) mengkaji dan menterjemah nota bertulis daripada Mesopotamia purba. Sumeria memang tamadun yang besar, penting bagi pembangunan pertanian, pengurusan air, bandar kehidupan, dan terutamanya menulis. Namun, mereka meninggalkan sangat sedikit nota tentang astronomi. Tentu mereka tidak tahu tentang kewujudan Uranus, Neptun atau Pluto. Mereka juga tidak mempunyai pemahaman bahawa planet-planet mengelilingi Matahari, adalah idea dari Greece purba dua ribu tahun selepas akhir Sumeria. Tuntutan bahawa Sumeria mempunyai astronomi canggih, bahkan mempunyai tuhan yang bernama Nibiru, adalah produk daripada imaginasi Sitchin sahaja.

3. Bagaimana boleh anda menyangkal kewujudan Nibiru ketika IRA menjumpainya pada tahun 1983 dan cerita mengenainya muncul di akhbar terkemuka? Pada saat itu anda menyebutnya Planet X, dan kemudian Xena atau Eris.

IRA (Astronomi Inframerah NASA satelit, yang melakukan kajian di langit selama 10 bulan pada tahun 1983 dan menjumpai banyak sumber inframerah, namun tidak satu pun dari sumber itu adalah Nibiru atau Planet X atau benda lain di luar sistem tata surya.Secara ringkas, IRA mengkatalog 350.000 sumber inframerah, dan pada awalnya banyak daripada sumber-sumber ini yang tidak dikenalpasti. Semua pemerhatian ini telah diikuti mengikut kajian selanjutnya dengan instrumen yang lebih canggih baik di darat dan di ruang angkasa. Khabar angin mengenai sebuah "planet kesepuluh" meletus pada tahun 1984 selepas akhbar saintifik Astrophysical Journal Letters ini diterbitkan yang berjudul " sumber titik yang tidak dikenalpasti dalam kajian mini IRA", yang membahas beberapa sumber Inframerah.Tapi "objek misteri" ini ditemui di galaksi yang jauh (kecuali satu, dimana ia adalah seunting daripada "Inframerah cirrus"), yang diterbitkan pada tahun 1987.Tidak ada satu pun sumber IRA berubah menjadi sebuah planet.Ini bermakna bahawa Nibiru adalah sebuah mitos, tanpa asas fakta. Bagi pengamal astronomi, mendakwa tentang sebuah planet yang "menghampiri" tetapi "tak kelihatan" adalah sekadar bohongan.

4. Mungkin kita sepatutnya bertanyakan tentang Planet X atau Eris? Mengapa NASA merahsiakan orbit Eris?

"Planet X" merupakan oxymoron bila diterapkan pada objek sebenar. Istilah ini telah digunakan oleh para astronomi berabad lalu tentang objek yang berkemungkinan. Sekiranya sesuatu objek yang ditemui, maka ia akan diberi nama, seperti planet Pluto dan Eris, yang keduanya pada suatu masa disebut sebagai Planet X. Jika objek baru ternyata tidak nyata, atau bukan sebuah planet, maka anda tidak akan mendengar tentang hal itu lagi. Jika itu nyata, ia tidak akan disebut Planet X. Eris adalah salah satu daripada beberapa planet kerdil yang baru-baru ini ditemui oleh para astronomi di luar tata surya, kesemua daripada planet tersebut bergerak di atas orbit normal yang tidak akan mendekati Bumi. Seperti Pluto, Eris adalah lebih kecil dari bulan kita. Jaraknya sangat jauh, dan orbitnya tidak pernah mendekati dalam sekitar 4 bilion batu. Tiada rahsia tentang Eris dan orbitnya, kerana anda dengan mudah boleh mengesahkan dengan Googling di google search atau mencarinya di Wikipedia.

*  ulasan di atas adalah bukan dari saya sendiri tapi dari pembacaan yang kemudian ingin dikonsi bersama dengan rakan bloggerku....terima kasih ditujukan khas buat laman web Yop Di mana Segakanya Bermula untuk mengetahui lebih lanjut tentang cerita di atas rakan2 boleh la melawat laman web http://youropportunityplace.net/konspirasi-dajjal/146-planet-nibiru-hari-malang-2012-a-cosmophobia.html.....wassalam

Sunday, August 29, 2010

Kenapa anjing dan babi haram?

Kenapa anjing haram disentuh?

Sabda Rasullah S.A.W yang bermaksud:, Apabila anjing meminum air atau (menjilat) pada bekas air kepunyaan salah seorang di antara kamu, maka hendaklah bekas air itu dibasuh sebanyak tujuh kali (menyamak) salah satunya dengan tanah. (Riwayat Muslim)

Maksud hadis di atas ialah jika seekor anjing menjilat bekas-bekas air kita, bekas-bekas air itu perlu dibasuh 7 kali dengan salah satunya dengan tanah. Memang kena samak. Air liur kepunyaan anjing mempunyai berbagai-bagai kuman yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Sebab itu Allah SWT berfirman supaya semua tapak-tapak atau bekas-bekas yang terkena air liur anjing perlu dibasuh dan disamak.

Jika air liur anjing pun anda kena samak. Apatah lagi jika anda memegang atau menyentuh anjing? Anjing jika disentuh kulit dan bulunya ketika basah, dikuatiri kita akan dijangkiti penyakit sama seperti air liur anjing.

Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma’ Ulama’. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan Al-Quran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma’ adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam.

Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah.
Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga.
Adapun dalil dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut:
Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali.
Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda,`Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah."
Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah, sama seperti najis babi.

Bagi Mazhab As-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafi’iyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya.

Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda,"Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny).  Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis.

Penyakit apa yang dibawa oleh anjing? Penyakit yang paling terkenal dari bawaan anjing ialah penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus rabies yang boleh didapati melalui air liur anjing. Apabila anda menerima kesan gigitan anjing, virus yang masuk melalui air liur anjing tadi akan menyerap masuk menyerang sistem saraf badan kita. Dengan rosaknya sistem saraf, maka badan anda tidak akan berfungsi dengan sebaik-baiknya, terutama dari segi fungsi neuromotor.  Islam tidak mengada-ngadakan hukum kerana anjing sememangnya bahaya dari segi kesihatan. Sebab itu bila anjing disentuh dalam keadaan kulitnya basah, kita wajib membersihkan diri dengan 7 kali basuhan dengan salah satunya ialah menggunakan tanah (samak)

Kenapa babi haram dimakan?

Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.

Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.

Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Sang Pencipta akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.

Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI

a. QS. Al Baqoroh (2) : 173
b. QS. Al Maa’idah (5) : 3
c. QS. Al An `Aam (6) : 145
d. QS. An Nahl (16) : 115

Menggunakan babi hukumnya haram, baik atas daging, lemak, maupun bahagian-bahagian lainnya. Firman Allah SWT dalam QS.5:3 mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Demikian juga dengan firman-Nya dalam QS.6:145 dan QS.16.115, mengharamkan memakan bangkai, darah, dan daging babi. Dalil-dalil pada beberapa ayat ini merupakan nash yang jelas, yang menegaskan tentang keharaman, antara lain menggunakan babi.

Al-Qur’an menggunakan kata lahma (daging) kerana sebagian besar pengambilan manfaat dari babi adalah daging. Selain itu, dalam daging babi selalu terdapat lemak. Al-Qur’an menggunakan kata lahma, pengharaman babi bukan hanya dagingnya. Tetapi seluruh tubuh haiwan babi.

Pandangan ini sesuai dengan kaedah ushul fiqh: min dzikri’l-juz I wa iradati’l kulli. Artinya yang disebutkan sebahagian dan dikehendaki seluruhnya.  Bahawa daging babi mengandung cacing pita (taenia solium), hampir semua orang sudah mengenalnya. Ternyata tidak hanya itu bahaya yang mengancam pemakan babi. Lemak babi mengandungi kolesterol paling tinggi dibandingkan dengan lemak haiwan lainnya. Darahnya mengandungi asam urat paling tinggi. Asam urat merupakan bahan yang jika terdapat dalam darah dapat menimbulkan berbagai penyakit pada manusia. Sudah menjadi pengetahuan umum bahwa sedikitnya 70 jenis penyakit yang lazim dihidap haiwan babi dan beberapa diantaranya dapat menjankiti manusia yang memakannya.

Hikmah diharamkannya daging babi, terutama mengandungi cacing pita, seringkali disanggah oleh para ahli kesihatan modern. Mereka mengatakan bahawa cacing tersebut mudah dihilangkan bahkan dengan teknik pemasakan yang paling sederhana. Pandangan ini sungguh menyesatkan karana babi itu sendiri menjijikkan bagi orang yang bersih jiwanya. Allah SWT mengharamkan sejak masa silam untuk waktu yang lama agar manusia mengetahui.

Manusia kini baru mengenal sedikit bahayanya, yakni cacing pita, namun demikian jauh sebelum itu Allah SWT telah mengharamkannya. Mungkin sekarang orang menganggap bahwa peralatan masak modern telah mengalami kemajuan, sehingga ada yang menerima kalau daging babi tidak lagi membahayakan dan bukan merupakan sumber ancaman bagi manusia. Dengan teknologi pengolahan makanan dan teknik pemanasan yang canggih, bahaya itu sudah boleh dihilangkan.

Mereka lupa bahawa untuk mengatasi bahaya cacing pita saja telah memakan waktu berabad-abad. Itu hanya untuk mengungkap satu penyakit saja. Siapa yang dapat menjamin bahwa di luar penyakit itu sudah tidak ada lagi bahaya yang terkandung dalam daging babi. Apakah tidak selayaknya syari’at yang jauh lebih mendahului kemajuan pengetahuan manusia puluhan abad yang lalu kita percayai sepenuhnya? Semua keputusan diserahkan pada syari’at. Kita menghalalkan apa yang dibolehkan dan menghindari apa yang dilarang. Syariat ini adalah dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui bentuk dan karakteristik segala makhluk-Nya.

Munculnya penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) di Malaysia, nyaris semua mata kembali terbuka. Satu lagi bencana mengancam manusia timbul dan bersumber dari babi. Rupanya Allah masih sayang pada manusia, sehingga sekali lagi manusia diingatkan agar menjauhi haiwan haram itu. Sudah banyak sekali bukti-bukti yang menunjukkan keburukan babi. Namun sejauh ini manusia tetap nekad memakannya.

 


                                         Kenapa anjing itu haram? (kilk untuk lihat video)