Saturday, December 11, 2010

Apa Itu Saka? Adalakah Ia Mengancam Ketenteraman Manusia Yang Didiaminya????

“SAKA adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.”

Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar.  Ia bermula dengan upacara yang jelas bertentangan dengan syariat serta menghina Islam antaranya seseorang itu akan memuja kubur atau tengkorak, meminum darah, membaca surah suci secara terbalik atau memijak al-Quran terlebih dulu.

Semua upacara itu dilakukan berserta jampi mantera bertujuan menyeru kehadiran syaitan. Seterusnya selepas berjaya menyeru kehadiran jin atau syaitan, perjanjian berserta syarat dan pantang larang akan dimeterai antara manusia dengan makhluk ghaib berkenaan.

Itulah proses permulaan bagi mendapatkan saka dan rentetan daripada perjanjian itu, syaitan akan sentiasa mendampingi tuannya sehingga manusia terbabit boleh menggunakan kebolehan makhluk halus itu untuk kepentingan dirinya.Pengamal Perubatan Islam Darussyifa’ di Bangi, Selangor, Mohd Fauzi Mustaffa, berkata saka adalah antara perbuatan ‘ilmu hitam’ yang sudah lama wujud dan diamalkan individu tertentu di dunia ini termasuk di Malaysia.

Beliau berkata, kebiasaannya manusia terbabit menggunakan bantuan jin untuk pelbagai kepentingan seperti ingin menjaga keselamatan diri, ahli keluarga dan harta; menjadi kuat, berharta, disayangi atau digeruni ramai pihak selain mahukan makhluk ghaib itu membantunya bekerja di ladang atau lautan.

“Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.

“Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT,” katanya.
Beliau berkata, antara kesan buruk memelihara saka adalah pemiliknya akan menghadapi seksaan yang amat perit ketika hendak mati kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa sehingga menemui ajal.

Katanya, situasi lebih dahsyat berlaku apabila ada kes di mana pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Keadaan itu menyebabkan saka berkenaan ‘menumpang’ pada jasad tuannya sehingga pemilik saka itu kelihatan seolah-olah masih hidup dan bergerak walaupun dia sebenarnya sudah meninggal dunia.

Lebih membimbangkan adalah jin yang menjadi saka juga boleh mencemari maruah keluarga pemiliknya dengan mengadakan hubungan kelamin bersama isteri atau anak perempuan tuannya. Gangguan saka juga menyebabkan seseorang mengalami penyakit misteri yang amat menyeksakan.

Mohd Fauzi berkata, syaitan sememangnya gembira apabila ada manusia yang menyeru untuk berdamping dengan mereka kerana mereka mahu menyesatkan manusia seperti firman Allah menerusi surah al-Hijr, ayat ke-39: “Iblis berkata: “Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau memutuskan aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka (manusia) memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya.”

Beliau berkata, antara syarat yang perlu dipatuhi pemilik saka adalah jin berkenaan perlu diwariskan kepada individu lain apabila pemiliknya hampir menemui ajal selain pemilik perlu menjamu saka peliharaannya dengan darah, kemenyan atau sebagainya.  Katanya, saka adalah masalah gangguan makhluk halus yang kerap ditemui pengamal perubatan Islam, selain sihir dan santau malah berbanding sihir dan santau, saka paling sukar dan memakan masa untuk diubati; lebih lama seseorang itu berdampingan dengan saka, lebih sukar untuk membuangnya.

Masalah gangguan saka semakin menjadi-jadi apabila pemilik berkenaan meninggal dunia tanpa sempat mewariskan saka berkenaan menyebabkan jin berkenaan akan merewang serta mengganggu dan menyakiti ahli keluarga dan orang lain.

“Sesetengah anak yang mewarisi saka pula tidak mengetahui apakah syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin terbabit menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah,” katanya.

Mohd Fauzi berkata, hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: “Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan)’.

“Allah berfirman: ‘Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui,” (surah al-An’aam: 128).

Sehubungan itu, ahli keluarga lain atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal dan bagi mereka yang sudah menerima, perlu diusaha untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit.
“Untuk merawat atau membuang saka pula, pesakit perlu dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah serta mengelak daripada berjumpa bomoh atau pengamal perubatan yang berasaskan jin,” katanya.

Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr Jahid Sidek, berkata bagi mengubati manusia yang diganggu saka, rawatan perlu dilakukan daripada ‘atas ke bawah’ iaitu menyembuhkan datuk atau bapa terlebih dulu kerana tanpa berbuat demikian, gangguan itu berterusan kerana puncanya berada ‘di atas’.
“Contohnya seorang pesakit saya iaitu kanak-kanak mengalami sakit pelik dan gatal seluruh badan; apabila berjumpa dengan doktor dan diberi ubat, gatal itu semakin merebak. Apabila dibawa berjumpa saya, saya dapati jin yang menyebabkan sakit kepada si anak berada di tubuh bapanya.

“Walaupun yang sakit adalah anak dan bapa pula sihat seperti biasa, rawatan perlu dilakukan terhadap bapa dan selepas dirawat, alhamdulillah si anak turut sembuh,” katanya yang menjalankan rawatan di pusat perubatannya di Batu 7, Kuang, Selangor.
Beliau yang juga bekas pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, berkata selain memberi kelebihan kepada tuannya, saka juga menjaga harta dan barang pemiliknya menyebabkan gangguan boleh berlaku jika barang pemilik saka dimiliki orang lain.
“Itulah sebabnya jika ingin mengubati kes gangguan saka, barang pemilik saka perlu dibuang terlebih dulu; kadang-kadang timbul masalah apabila barang itu dijual kepada orang lain yang tidak mengetahui menyebabkan orang itu diganggu saka berkenaan,” katanya.

FAKTA: Saka
# Syaitan adalah jin yang kafir dan ketua syaitan adalah Iblis.
# Kaedah mengubati gangguan atau membuang saka harus dirujuk kepada pengamal perubatan Islam yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Mengubati sihir dengan menggunakan sihir (nushrah) seperti mengunjungi pengamal perubatan yang menggunakan jin untuk mengubati gangguan makhluk halus adalah haram.
# Saka yang dipelihara wanita digelar ‘pelesit’ dalam budaya Melayu manakala yang dipelihara lelaki digelar ‘hantu raya’. Hantu raya terdiri daripada jin berjenis Ifrit (golongan jahat).
# Antara kaedah memperkuatkan pertahanan diri bagi menghadapi gangguan saka dan makhluk halus adalah mengamalkan bacaan ayat kursi, membaca doa menghalau syaitan (al-Mukminum: ayat 97 dan 98), sentiasa membaca al-Quran dan ta’awwuz selain kuat beribadat kerana syaitan akan berasa panas apabila berhadapan dengan mereka yang mengamalkan kaedah berkenaan.
# Jin yang tidak begitu kuat boleh ditangani dengan garam dan cuka.
# Dalam kebanyakan kes, antara barang tuannya yang dijaga saka tetapi dijual kepada orang lain termasuklah barang antik dan bersejarah malah ada juga hiasan berupa tulisan ayat al-Quran.
Antara jenis saka
# Saka harimau: Menyebabkan pemiliknya ditakuti manusia lain lebih-lebih lagi musuh.
# Saka buaya: Mampu mengawal dan menjinakkan buaya.
# Saka ular: Mampu mengawal dan menjinakkan ular.
# Saka bomoh: Menjadikan pemilik kononnya mampu mengubati pesakit gangguan makhluk halus. Sebenarnya, jin peliharaan bomoh terbabit berlawan dengan jin yang mengganggu pesakit dan jika jin bomoh menang, jin yang mengganggu pesakit akan beredar dan pesakit kelihatan sembuh.
# Saka kuat atau saka penimbul: Menjadikan pemiliknya kuat sehingga mampu mengangkat barang yang amat berat atau menjadi kebal. Menggunakan jin berjenis angin.
# Saka susuk: Menjadikan pemiliknya kelihatan cantik.
# Toyol: Jin dipelihara untuk mencuri wang manusia lain secara ghaib.

Rawatan saka sedang dibuat...

Sumber : Angkara Saka Oleh Nasron Sira Rahim (nasron@bharian.com.my)

Apa Itu Warna Dan Bagaimana Ia Terhasil????

Beberapa detik mempunyai tempat penting dalam fikiran manusia dan itu tidak akan pernah berubah. Mari kita mulai dengan pohon, yang sangat akrab dalam pandangan kita. Warna pohon hampir pasti hijau atau nuansa hijau. Diketahui pula bahawa pada musim gugur, dedaunan berubah warna. Sama halnya, langit berwarna biru, nuansa abu-abu saat mendung atau kuning dan merah saat matahari terbit dan terbenam. Warna-warna buah tidak pernah berubah; warna buah jambu dan salak sudah seperti itu, dan selalu kita kenali dengan baik. Setiap makhluk hidup dan objek yang dipegang di bawah cahaya memiliki warna. Perhatikan baik-baik pelbagai benda di sekeliling Anda. Apa yang Anda lihat? Meja, kursi, pepohonan yang terlihat dari jendela, langit, dinding rumah, wajah-wajah orang lain, buah yang Anda makan, buku yang Anda baca saat ini.… Masing-masing mempunyai warna berbeda. Pernahkah Anda pikirkan, bagaimana semua warna ini dibentuk dan dihias?
Mari kita perhati secara umum apa yang diperlukan untuk pembentukan warna yang memainkan peranan penting dalam kehidupan . Untuk pembentukan warna tunggal, misalnya, merah atau hijau, setiap proses berikut harus terjadi dan, lebih penting lagi, harus mengikuti urutan berikut ini.

Tak dapat dibantah lagi betapa pentingnya warna dalam kehidupan manusia. Setiap benda memperoleh sebuah arti dengan warna-warna yang dimilikinya. Bayangkan bahwa warna-warnya yang anda lihat pada gambar ini (termasuk hitam dan putih) tidak ada sama sekali. Pastilah anda tidak akan dapat melihat apa-apa dalam foto ini. Untuk membentuk bahkan satu saja dari sekian banyak warna-warna yang ada pada objek-objek ini, ada beberapa faktor yang harus dipenuhi, semuanya pada saat yang bersamaan. Allah telah membuat pembentukan warna-warna tergantung kepada sebuah sistem yang sangat detail.
1. Kondisi pertama yang diperlukan untuk pembentukan warna adalah keberadaan cahaya (light). Dalam hal ini, ada baiknya memulai dengan mengamati sifat-sifat cahaya yang berasal dari matahari. Cahaya dari matahari yang datang ke bumi harus memiliki panjang gelombang tertentu untuk menghasilkan warna. Bahagian cahaya ini, yang dikenal sebagai "cahaya tampak", dibandingkan dengan semua cahaya lain yang dipancarkan matahari adalah satu berbanding 1025. Proporsi cahaya yang kecilnya hampir tak masuk akal ini, yang penting untuk pembentukan warna, mencapai bumi dari matahari
2. Bahkan, sebahagian besar sinar (rays) yang dipancarkan matahari ke seluruh jagat raya mengandungi beberapa karakteristik yang membahayakan mata. Oleh kerana itu, cahaya yang tiba ke bumi harus dalam bentuk tertentu sehingga dapat ditangkap mata dengan mudah dan tidak membahayakannya. Untuk itu, sinar ini harus melewati suatu filter. Filter raksasa ini adalah "atmosfera yang menyelimuti bumi.
3. Cahaya yang melewati atmosfera disebarkan ke seluruh permukaan bumi, dan ketika mengenai objek, cahaya ini dipantulkan. Objek tempat cahaya jatuh harus dari jenis yang tidak menyerap cahaya, tetapi memantulkannya. Dengan kata lain, kualiti struktur objek harus selaras juga dengan cahaya yang mencapai bumi agar warna dapat terbentuk. Kondisi ini juga terpenuhi dan gelombang cahaya baru dipantulkan dari objek yang terkena cahaya matahari.
4. Syarat penting berikutnya dalam proses pembentukan warna adalah keberadaan alat yang dapat mengindra gelombang cahaya, iaitu mata. Sangat penting bahawa gelombang cahaya juga selaras dengan organ penglihatan.
5. Sinar yang datang dari matahari harus melewati lensa dan lapisan-lapisan mata dan kemudian diubah menjadi impuls-impuls saraf di dalam retina. Sinyal ini kemudian harus diangkut ke pusat penglihatan pada otak, yang bertugas menginterpretasikan pandangan.
6. Ada langkah terakhir yang harus dipenuhi agar kita dapat 'melihat' warna. Tahap akhir dalam pembentukan warna adalah interpretasi sinyal listrik sebagai "warna" oleh sel saraf yang sangat khusus di dalam pusat penglihatan otak.
Demikianlah, untuk pembentukan satu warna saja, diperlukan urutan proses yang sangat detail dan saling tergantung.

Maka apakah mereka tidak melihat akan langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan menghiasinya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikitpun ? (Q.S. Qaaf: 6)

Semua informasi yang kita miliki tentang warna menunjukkan bahawa setiap proses yang terjadi selama pembentukan warna diatur dalam keseimbangan yang rumit. Tanpa keseimbangan ini, tak pulak lagi kita akan berada di dunia yang gelap, bukan dunia penuh warna cemerlang, dan mungkin kita bahkan akan kehilangan kemampuan untuk melihat. Mari kita anggap bahawa satu bahagian saja, misalnya, sel saraf penerima sinyal listrik yang dibangkitkan oleh retina, tidak ada. Yang terjadi adalah, cahaya matahari tidak berada dalam spektrum tampak, bahagian-bahagian lain dari mata tidak berfungsi secara utuh, dan keberadaan atmosfer saja tidak memadai atau mengkompensasi kekurangan ini.

PERAN RETINA DALAM MELIHAT
Marilah kita mengkaji retina lebih dekat dan lebih detail. Anggaplah bahawa zat pewarna (pigmentary substance) yang disebut "rhodopsin", yang bekerja di dalam retina, tidak ada. Rhodopsin adalah zat yang berhenti berfungsi di bawah cahaya terang benderang tetapi berfungsi kembali dalam kegelapan. Mata tidak dapat melihat dengan jelas dalam cahaya remang-remang kecuali jika sejumlah rhodopsin dihasilkan dalam mata. Fungsi rhodopsin adalah untuk meningkatkan efisiensi dan dengannya mata membangkitkan impuls saraf dari cahaya remang-remang. Zat ini diproduksi sebanyak keperluan, tepat pada saat diperlukan. Jika keseimbangan rhodopsin terjaga, citra menjadi jelas. Apa yang akan terjadi, jika rhodopsin yang sangat penting untuk proses penglihatan, tidak ada? Jika demikian, manusia hanya boleh melihat di bawah cahaya terang.  Oleh kerana itu, terbukti bahawa ada sistem sempurna di dalam mata, yang telah dirancang sampai dengan detail sekecil-kecilnya.
Lalu, karya seni siapakah sistem ini, yang menyelamatkan kita dari kegelapan dan menyajikan kepada kita sebuah dunia penuh warna?
Setiap tahap yang telah disebutkan sejauh ini mencakup serangkaian proses, yang memerlukan adanya kebijaksanaan, keinginan dan kekuasaan dalam penciptaan mereka. Jelaslah bahawa tidak mungkin rangkaian proses yang ada dalam keselarasan seperti itu, telah terbentuk secara kebetulan. Juga, tidaklah mungkin sistem seperti itu telah terbentuk sendiri sejalan dengan waktu. Hasilnya tidak akan berubah sama sekali jika jutaan atau bahkan berbilion-bilion tahun dibiarkan berlalu. Sistem-sistem penyusun dunia yang beraneka warna tidak akan pernah muncul secara kebetulan. Sistem-sistem sempurna seperti itu hanya dapat muncul sebagai hasil dari desain khusus, yang berarti bahawa mereka diciptakan. Allah memiliki kekuatan dan kebijaksanaan abadi yang meliputi seluruh semesta alam. Contoh-contoh cita rasa seni Ilahi dalam penciptaan yang tiada taranya tersebar di seluruh semesta. Desain unik yang tampak jelas dalam pembentukan warna juga adalah ciptaan Allah semata. Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.
"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi; dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya; mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji; dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa." (QS. Al Baqarah, 2: 117)

Tuesday, December 7, 2010

Adakah kita menghargai segala kesempunaan bumi dan isi kandungannya??? Tepuk dada tanya iman...

Hari ini saya cuba membawa rakan2 blog untuk memahami kepentingan bentuk bumi dan biru langit kepada hidup kita. Marilah sama-sama kita renungkan tentang sistem-sistem sempurna yang kita saksikan telah dijadikan oleh Allah semata-mata untuk membolehkan kita hidup.  Sebagai hambanya kita perlulah menghargai setiap pemberiannya dan janganlah kita cuba memusnahkannya kerana setiap pemberiannya pasti ada rahmat bagi kita semua.

KESEIMBANGAN SEMPURNA BUMI
Sehingga abad keenam belas, iaitu 500 tahun dahulu, walaupun sebahagian bangsa Yunani telah memikirkannya, secara umumnya manusia masih tidak mengetahui Bumi ini adalah sebuah planet. Pemerhatian yang dilakukan pada masa tersebut membantu manusia mengetahuinya. Pada abad ke-20, manusia telah pasti kedudukan Bumi di dalam Sistem Suria. Bumi adalah planet ke tiga jauhnya daripada matahari dan planet kelima terbesar.
Pakar sains percaya Bumi mempunyai kerak besi yang mempunyai suhu 7,500°C. Ia jauh lebih panas daripada suhu permukaan matahari. Tetapi, disebabkan kamu tidak pernah merasa sedikit pun daripada kepanasan ini, kamu dapat duduk di dalam kelas kamu sambil mendengar guru kamu atau tidur dengan nyenyak di atas katil. Lapisan kulit Bumi menghalang kita daripada kepanasan ini. Allah Maha Pengasih kepada kita kerana itu Dia menjadikan lapisan Bumi yang cukup tebal untuk menghalang kepanasan ini menembusinya. Di samping itu, Allah juga menjadikan kita atmosfera yang mesra alam. Dia juga memberikan tumbuh-tumbuhan beberapa ciri yang membolehkannya mengekalkan keseimbangan oksigen-karbon dioksida.
Suhu dalaman Bumi mencapai setinggi 7,500°C tetapi di permukaan Bumi kita tidak pernah merasa kepanasan ini.
Struktur Bumi dan beberapa keseimbangan lain menunjukkan Bumi telah direka khusus untuk manusia tinggal di dalamnya.
Daripada atmosfera ke geografinya, daripada jaraknya daripada matahari kepada semua bentuk keseimbangan, Bumi adalah sebuah planet yang dijadikan khas untuk menampung hidupan. Contohnya, kita dapat menyamakan Bumi kita dengan akuarium. Sebuah akuarium menyediakan keadaan-keadaan paling sesuai untuk ikan. Sebuah termostat mengawal suhu air, terdapat satu motor untuk mengalirkan udara dan pasir yang ditempatkan di bahagian bawah. Terdapat pil khas diletakkan di dalam air, terdapat penutup pelindungan akuarium, satu sistem penapis yang berterusan menapis air, dan pembekal makanan… Semua ini menampung hidup ikan-ikan di dalam akuarium.
Bagaimanapun, ikan-ikan di dalam akuarium tidak menyedari persekitaran buatan ini. Mereka menyangka mereka hidup di "alam semula jadi" atau alam yang terbentuk secara spontan. Mereka tidak menyedari ada orang yang menyediakan termostat dan mengawal paras air atau fungsi motor pengalir udara. Mereka juga tidak tahu siapa yang memberikan makanan yang muncul tiba-tiba di permukaan air. Sedangkan, puncanya adalah jelas; pemilik akuarium tersebut yang telah memberikan keperluan ikan-ikan tersebut.
Sudah tentu, kehidupan di Bumi memerlukan sistem yang lebih rumit daripada kehidupan di dalam sebuah akuarium.
Menyimpan ikan di dalam sebuah akuarium memerlukan penjagaan yang teliti. Atmosfera memberikan penjagaan ini kepada Bumi.
Seorang yang bijak tidak akan mensia-siakan hidupnya di dalam kejahilan seperti ikan-ikan di dalam sebuah akuarium. Dia percaya Bumi "sedia ada" untuknya dan ia tidak mempunyai satu Pencipta dan Pentadbir. Sudah tentu, Allah yang telah menjadikan keseimbangan dan aturan yang sempurna yang memungkinkan kehidupan di Bumi. Manusia yang bijak mahu mengenali Tuhan yang memberikan segala kenikmatan ini kepadanya dan untuk mempelajari apakah yang dituntut-Nya daripadanya. Di dalam Al-Quran, Allah membenarkan kita mengenali-Nya dan memaklumkan kepada kita apa yang dituntut-Nya daripada kita.
Jelaslah, Allah menjadikan keseimbangan dan aturan yang sempurna untuk memungkinkan kehidupan di dunia. Allah memberitahu kita tentang perkara ini di dalam Al-Quran:
Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, sedang mereka (yang kafir itu) berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda (kekuasaan Kami) yang ada padanya. (Surah Al-Anbiyaa':31-32)
Allah mencipta, mengimbangi, dan mengharmonikan setiap perkara di Bumi untuk menjadikannya tempat untuk kita diami. Sesiapa yang menyedari fakta ini mesti beriman dengan Allah, menyaksikan kuasa tidak terbatas-Nya dan bersyukur untuk setiap apa yang telah diberikan-Nya kepadanya.

Sunday, December 5, 2010

Mawar Merah di Langit Sebenarnya Merah atau Hijau Mata Kucing??? Dunia semakin menghampiri akhir zaman

Ketika Langit berwarna Merah Mawar - Tafsir Surat Ar Rahman (55) ayat 37

     Mencari satu maklumat yang sahih tentang gambar-gambar yang dilayangkan kepada saya menjadikan hati saya berdetik...adakah ia sememangnya langit yang terbelah lalu menjadi seperti mawar merah (spt gambar di bawah) atau pelanggaran bintang- bintang dilangit sehingganya terbentuk fenomena itu?  Menurut ayat Surat Ar-Rahman (55) ayat 37 menyatakan bahawa langit terbelah...bukan bintang-bintang berlanggar...So, bagi mendapatkan kepastian saya terus melayari internet yang sememangnya menjadi hobi bagi saya menimba ilmu dan fakta bagi menggantikan buku-buku yang banyak dipasaran dan tak mampu utuk dibawa ke mana-mana.  Nah, sekarang semuanya dihujung jari kitakan...hendak tak nak je untuk kita baca...hehe...

Dan inilah hasilnya dari pencarian saya...kita kongsi bersama ek...

Sepertinya kita mesti hati-hati untuk menafsirkan kebenaran ayat al Quran dengan penemuan/data ilmiah. Takut salah...

فَإِذَا ٱنشَقَّتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتۡ وَرۡدَةً۬ كَٱلدِّهَانِ
Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti [kilapan] minyak.
Ar Rahman (55): 37
Gambar yang diklaim sebagai bukti kebesaran Allah, bukti kebenaran tafsir surat Ar-rahman

Ini gambar yang dijadikan rujukan sebagai tafsir dari salah satu ayat dari surat Ar-Rahman: 
Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak.
Dikatakan bahawa gambar ini, yang merupakan hasil tangkapan dari teleskop di ruang angkasa Hubble, menunjukkan bahawa jika nanti bintang meledak, maka hasilnya adalah warna merah seperti mawar. Bahkan dalam beberapa email yang beredar, dinyatakan bahawa seharusnya gambar ini, - sebuah nebula -, seharusnya dinamai 'Oily Red Rose Nebula' (Nebula Mawar Merah yang Berkilap), agar sesuai dengan erti ayat di atas.

Dalam ayat itu disebutkan langit yang terbelah. Apakah ini gambar langit? Sumber dari NASA/Hubble menyatakan bahawa itu adalah hasil ledakan sebuah bintang. Dari bumi, ia hanyalah bahagian amat kecil dari langit. Bahkan hampir tak terlihat oleh mata kepala.

Nebula Mawar Merah itu sebenarnya lebih berwarna hijau seperti mata kucing, sehingga para astronomer menamainya Cat's Eye Nebula
Ini gambar yang sama dengan skema warna yang lain. Warna ini lebih mendekati warna kalau dilihat dengan mata atau warna aslinya. Ahli astronimi memberi nama benda angkasa ini Cat's Eye Nebula (Nebula Mata Kucing), kerana memang warnanya yang hijau dan bentuknya yang bulat seperti mata kucing.

Dalam situasi web Teleskop Hubble sendiri dikatakan bahawa, warna yang tertampil dalam berbagai foto objek angkasa dari Hubble tidak selamanya menunjukkan warna asli jika dilihat dengan mata. Hubble menggunakan warna untuk berbagai tujuan: menampakkan detail, memperlihatkan struktur tertentu yang tidak boleh dilihat mata, dsb.
"The colors in Hubble images, which are assigned for various reasons, aren't always what we'd see if we were able to visit the imaged objects in a spacecraft. We often use color as a tool, whether it is to enhance an object's detail or to visualize what ordinarily could never be seen by the human eye." (Rujukan)
Nah, jadi macam mana ni? Merah atau Hijau, warnanya???
Gambar nebula Mata Kucing dalam skema warna lain. Dalam hal ini lebih biru untuk menunjukkan pendaran atom oksigen
Pakar Astronomi biasanya "mewarnai" hasil "tangkapan" mereka dengan warna-warna yang bermakna khusus untuk menganalisa komposisi atau struktur dari benda angkasa. Misalnya, pada gambar ini, biru adalah warna untuk pendaran atom Oksigen.

Jadi, jelaslah bahawa warna sebenarnya dari gambar nebula yang dijadikan sebagai bukti dari ayat 37 surat Ar-Rahman tersebut tidaklah merah mawar.
Banyak sekali nebula-nebula seperti ini yang telah ditemukan dan dipelajari oleh para ahli perbintangan.Warna mereka pun sangat beragam. Semuanya menunjukkan kejadian masa lalu, kerana apa yang tertangkap oleh teleskop adalah cahaya yang telah mengharungi angkasa ribuan tahun cahaya lamanya. Banyak di antara mereka yang menunjukkan nasib berbagai bintang ketika menemui ajalnya. Namun tak sedikit pula nebula yang merupakan tempat lahirnya bintang-bintang baru.
Cukuplah, menurut saya, gambar ini membuktikan kebesaran Allah, dalam erti kata bahwa bintang-bintang nantinya akan dihancurkan. Matahari kita juga akan menemui ajalnya kelak. Mungkin dengan ledakan hebat seperti Nebula di atas. Ledakannya, boleh jadi akan melumat bumi dan isinya. Ketika itulah, mungkin, apa yang digambarkan Allah tentang terbelahnya langit terjadi. Dan hal tersebut merupakan perkara kecil dan mudah bagi Allah....Subhanallah

Wallahualambissawab....