Saturday, August 28, 2010

Kejaiban Kaabah

Ilmu sains moden telah banyak menemukan pelbagai keajaiban alam, termasuklah ilmu matematik moden juga menemui ajaiban alam.

Justeru, penemuan ini membenarkan apa yang telah diterangkan oleh al-Qur'an, menguatkan keimanan manusia kepada penciptanya.

Rahsia Mekah & nombor 1.618 - keajaiban Allah (klik untuk lihat video)


Kaabah yang terletak ditengah-tengah pusat dunia ini, merupakan misteri penciptaan khazanah alam yang paling istemewa serta tidak ternilai harganya. Ianya telah dicipta sejak ribuan tahun lamanya pun begitu, masih teguh hingga ke hari ini. Salah satu keajaiban Kaabah ialah ianya tidak akan luput ditelan masa sehinggalah datangnya hari kiamat. Kaabah mewakili arah penyembahan kepada tuhan yang esa oleh semua umat Islam di seluruh dunia iaitu sebagai kiblat yang satu. Pabila musim haji banyak orang sanggup bergadai nyawa untuk mendekati kaabah seolah-oleh membuktikan ianya cukup istimewa. Menurut cerita yang sememangnya terbukti kebenarannya, Kaabah diciptakan oleh para malaikat dan seluruh makhluk hidup di alam ini termasukah binatang seperti burung dan semut.

Memang jelas ianya bukanlah ciptaan oleh manusia sepenuhnya. Buktinya ada pada salah satu penjuru sudut Kaabah di mana terdapat sejenis batu yang wangi berasal dari syurga di bawa melalui malaikat Jibril. Itulah antara satu-satunya batu ajaib yang ada di dunia ini datangnya dari alam syurga yang pastiya tidak akan ditemui di tempat lain di alam ini.

MENGIKUT ahli sejarah Islam, Kaabah dibina buat pertama kalinya oleh malaikat.

Allah memerintahkan malaikat membina Kaabah di tempat `buih' di mana bumi ini mula dijadikan.

Selepas itu Kaabah dibina atau dibaiki dari semasa ke semasa,membabitkan pelbagai peringkat. Antaranya:
· Binaan kedua: Nabi Adam;
· Binaan ketiga: Nabi Syith;
· Binaan keempat: Nabi Ibrahim;
· Binaan kelima: Kaum Amaliqah;
· Binaan keenam: Kaum Jurhum;
· Binaan ketujuh: Qusai bin Kilab (Abad keempat Masihi);
· Binaan kelapan: Abdul Mutalib;
· Binaan kesembilan: Kaum Quraisy (Tahun 605 Masihi ketika Rasulullah berusia 35 tahun);
· Binaan ke-10: Abdullah ibnu Zubair (Tahun 64 hijrah);
· Binaan ke-11: Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi (Tahun 74 hijrah/693 Masihi);
· Binaan ke-12: Sultan Murad Khan (Tahun 1040 hijrah/1630 masihi).

Binaan keempat iaitu oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail adalah peringkat paling penting dalam sejarah pembinaan Kaabah.

Selepas Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar bersama Nabi Ismail di Makkah, baginda pulang ke Syam.

Nabi Ibrahim selepas itu menjenguk anak dan isterinya sebanyak tiga kali.

Pada kali ketiga Nabi Ibrahim ke Makkah dengan membawa perintah Allah supaya mendirikan Kaabah dengan bantuan anaknya Ismail.

Allah memerintahkan Nabi Ibrahim membina Kaabah di tempat asalnya iaitu di atas anak bukit kecil berhampiran perigi Zamzam. Di kawasan itu ada timbunan batu-batu yang berkemerahan tanahnya.

Selepas Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama anaknya mula membina Kaabah, dengan berpandukan kepada tempat yang ditunjukkan Allah supaya Baitullah itu dibina.

Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, mula mendirikan Kaabah dengan bantuan Jibrail. Nabi Ibrahim menggali tanah untuk dibuat asas binaan hingga sampai ke tapak asal binaan Nabi Adam.

Menurut riwayat, batu yang digunakan untuk binaan itu didatangkan dari enam bukit iaitu Bukit Abi Qubais, Bukit Tursina, Bukit al-Qudus, Bukit Warifan (terletak antara Makkah dan Madinah), Bukit Ridwan (antara Madinah dan Yanbu') dan Bukit Uhud.

Ada dua riwayat yang mengatakan bahawa Allah meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya supaya ia tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.

Satu riwayat lagi mengatakan bahawa tapak Baitullah itu runtuh ketika taufan besar seperti runtuhnya binaan besar yang lain. Selepas peristiwa taufan besar, tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula, kecuali Nabi Ibrahim dan anaknya.

Dalam proses kedua-dua beranak itu membina Baitullah, Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu besar.

Hal ini seperti firman oleh Allah yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil kedua-duanya berdoa dengan berkata, wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah hingga siap pembinaannya.

Dengan kehendak Allah, sebaik Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar berkenaan maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim, seperti dapat dilihat hingga hari ini dekat Baitullah.

Tapak kaki Nabi Ibrahim, yang kini dikenali sebagai Maqam Ibrahim, adalah suatu tanda kebesaran Allah.

Bahagian Kaabah yang dibina Nabi Ibrahim mempunyai dua penjuru iaitu penjuru Yamani dan penjuru Hajar al-Aswad. Kawasan Hijir Ismail melengkung tanpa penjuru seperti sekarang. Keadaan itu kerana Hijir Ismail menurut binaan Nabi Ibrahim termasuk dalam binaan Kaabah.

Menurut sejarah, binaan seperti sekarang ini adalah binaan yang dibuat oleh Quraisy.

Berikutan masalah kekurangan perbelanjaan, mereka mengeluarkan Hijir Ismail daripada Kaabah, iaitu Kaabah dikecilkan 6 1/4 hasta.

Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim tiada beratap, mempunyai dua pintu iaitu satu di sebelah matahari naik (seperti yang ada sekarang) dan satu lagi sebelah matahari jatuh.

Kedua-dua pintu itu rapat ke tanah, dan tiada berdaun pintu. Sebuah perigi juga disediakan di sebelah kanan pintu yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang hadiah kepada Kaabah.

Friday, August 27, 2010

Hikmah Malam Lailatul Qadar

Lailatul Qadar adalah malam yang berlaku pada Ramadan. Malam ini disebutkan dalam dua surah al-Quran, iaitu pada surah al-Dukhan dan al-Qadr.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam yang penuh keberkatan dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (Surah al-Dukhan, ayat 2)

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami telah turunkan al-Quran itu pada malam kemuliaan.” (Surah al-Qadr, ayat 1)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr, ayat 3)

Ada beberapa riwayat yang menceritakan sebab Allah menurunkan malam al-Qadar untuk umat Muhammad.

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri

Seringan-ringan Azab Api Neraka

"seringan-ringan azab yang diterima manusia di neraka kelak adalah, dua putung api neraka diletakkan di bawah tapak kaki. Dan meskipun hanya dua putung, ianya dapat menyebabkan otak manusia menggelegak."

Wahai pembaca blog setiaku...cubalah kita bayangkan jika seringan-ringan aza tu boleh membuatkan otak kita menggelegak bagaimana pula dengan yang seberat-berat azab api neraka ini? Ya Allah, betapa peritnya seksaamu ke atas hambamu yang ingakar terhadap suruhanmu.

Manusia ini terlalu cuai dan lemah dengan apa yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Lalu diringankan dalam tugas terhadap Allah. Tetapi dalam kelemahan dan keringanan itu dia menjadi suatu makhluk yang degil, suka menentang, dan paling banyak membantah. Dia juga mempunyai sifat tergesa-gesa, selalu risau dan gelisah, kedekut, tidak berterima kasih, melampaui batas dan paling jahat sekali ialah kafir kepada Tuhannya.

Demikian dinyatakan Allah mengenai sifat-sifat yang menjadi pakaian lazim pilihan manusia. Sifat-sifat tersebut dapat diketahui daripada ayat-ayat berikut:

"Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah." (4:28)

"Dan Dia memberikan kamu segala yang kamu minta kepada-Nya. Jika kamu menghitung rahmat Allah, kamu tidak dapat menjumlahkannya; sesungguhnya manusia sangat aniaya, berdegil dalam ketidakpercayaan." (14:34)

"Dia mencipta manusia daripada setitis mani; dan tiba-tiba, dia menjadi penentang yang nyata." (16:4)

"Manusia mendoa untuk kejahatan seperti dia mendoa untuk kebaikan; manusia adalah tergesa-gesa." (17:11)

"Manusia dicipta bersifat tergesa-gesa. Sungguh, Aku akan memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Ku; maka janganlah kamu minta disegerakan." (21:37) Ayat-Ku di sini bermaksud azab-Ku.

"Katakanlah, 'Jika kamu memiliki perbendaharaan pengasihan Pemeliharaku, jika demikian, tentu kamu menahannya kerana takut menafkahkannya; dan manusia selamanya kedekut.'" (17:100)

"Sesungguhnya Kami mengulang-ulangi untuk manusia di dalam al-Qur'an ini tiap-tiap macam persamaan; manusia adalah sesuatu yang paling banyak membantah." (18:54)

"Sesungguhnya manusia dicipta selalu risau dan gelisah," (70:19)

"Binasalah manusia! Betapa tidak berterimakasihnya dia!" (80:17)

"Tidak sekali-kali! Sesungguhnya manusia melampaui batas," (96:6)

dan,

"Sesungguhnya manusia kafir kepada Pemeliharanya," (100:6).

Sembilan sifat yang disebut di atas adalah kelemahan yang terdapat pada manusia secara am. Antara sifat-sifat tersebut terdapat beberapa yang menjadi basahan bagi kebanyakan manusia pula. Namun begitu, al-Qur'an, dalam pengajarannya, telah dengan secara khusus menjelaskan sifat-sifat yang terdapat pada kebanyakan manusia.

Menurut al-Qur'an kebanyakan manusia bersifat:

*Tidak berterima kasih (bersyukur) kepada Allah

Mereka tidak berterima kasih terhadap pemberian yang Allah kurniakan. Firman-Nya,

"Sesungguhnya Pemelihara kamu mempunyai pemberian kepada manusia; tetapi kebanyakan mereka tidak berterima kasih." (27:73)

Sebagai kesimpulannya...jadilah kita sebagai hamba Allah yang sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah limpahkan kepada kita. Bersyukur dalam melaksanakan perintah yang diamanahkan kepada kita. Kerana azab kubur itu benar dan azab api neraka itu juga benar. Adakah kita mahu tergolong di dalam kumpulan yang menerima azab Allah? Nauzubillah...minta dijauhkan. Jadilah hamba yang sentiasa sujud dan mencintaiNya tanpa meninggalkan dunia dan mendekati akhirat...insyallah.

Wednesday, August 25, 2010

Video Panas Merdeka!!!!!



Untuk melihat video sila klik di sini (click here)

Monday, August 23, 2010

Cerita Panas Malam Merdeka - Merdekahkah kita????

Merdeka!..
Merdeka!..
Merdeka!..
Pada tanggal 31 Ogos 1957, Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Pada malam itu, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan penuh bersemangat dan bangganya lantang melaungkan laugan hikmat

Merdeka!..
Merdeka!..
Merdeka!..

dengan linangan air mata dan bangganya anak-anak Melayu yang punya kesedaran Islam melaungkan

Allaaaahuakhbar!
Allaaaahuakhbar!
Allaaaahuakhbar!

Pada malam itu Dataran Merdeka menjadi saksi lahirnya sebuah Malaya baru. Linangan air mata kegembiraan, kesyukuran sambil menadah tangan kelangit dan anak-anak yang masih kecil sama-sama merasa nikmat perjuangan kemerdekaan bagaikan tidak terucap. Perjuangan perwira-perwira tanahair dalam menuntut kemerdekaan tercapailah sudah. Tidak sia-sialah keringat dan darah yang mengalir ke bumi demi sebuah bangsa dan negara yang merdeka. Begitulah senario yang berlaku pada malam 31 Ogos iaitu 53 tahun yang lampau.

Zaman alaf baru ini menjanjikan sambutan yang hebat-hebat yang adakalanya menelan belanja yang besar hanya untuk memperingati hari kemerdekaan. Tapi, apakah kita sedar dalam kita menyambut hari yang penuh bermakna itu bagaimanakah perasaan yang lahir dalam diri anak-anak muda zaman sekarang? Laungan merdeka lantang di sebut oleh beribu-ribu manusia yang membanjiri Dataran Merdeka kononnnya untuk countdown (kira detik 12 tgh malam). Tetapi yang paling mengecewakan ia sering disudahi dengan adegan yang tidak selari dengan prinsip kemerdekaan. Anak-anak muda bergaul bebas, berpakaian tidak senonoh, berpegangan tangan berlainan jantina sambil melaungkan Merdeka! Merdeka!Merdeka!..Apakah itu cara sambutan di malam merdeka? Sungguh memalukan!..

Cubalah kita selami gambar-gambar yang dipaparkan ni...itukah cara anak-anak muda sekarang menyambut malam merdeka? Tepuk dada, tanya iman...mungkin ada sesetengah orang akan mengatakan "jangan pandang luaran aje yang penting hati". Namun kemyuskilannya adakah hati mereka suci murni untk menyambut malam kemerdekaan Malaysia atau untuk melakukan kemaksiatan dan kemungkaran di bumi Allah ini? Perhatikanlah wahai pembaca blogku yang setia....buatlah rumusan sendiri.

Video Aksi Panas Malam Merdeka


Gambar-gambar Sekitar Selepas Laungan Kemerdekaan






Apakah kita sudah merdeka atau masih lagi dibelenggu penjajah? Lihat saja gelagat rakyat kita bila mereka terlampau gembira, sampah sarap mereka tinggalkan merata –rata. Botol air, kertas alas duduk, kotak rokok ,plastik buat balut burger, mengisi perut bila paluan keroncong bergema-gema, apa semua ini, inikah merdeka?

Lihat pula dijalan-jalan raya , mat rempit sorak gembira, walaupun hanya untuk suka-suka tapi bukankah itu semua mencari bencana. Suasana di Jalan Parlimen mungkin seperti SIC, macam masa Moto GP, takpun macam keadaan masa Japan GT. Kereta ekzos besar berapi-api selusuri jalan raya dengan gah sekali. Masih lagi mengherdik si miskin suruh ketepi kerana kereta besar ingin menguasai jalan yang dianggap macam hak sendiri.

Itu cerita di jalan raya...Bagaimana pula cerita malam merdeka di pub-pub ternama ataupun low class pun sama juga...Ya Allah, anak melayu mabuk keluar Pub. Muntah hijau antara mahu keluar atau tidak. Inikah dia bangsa merdeka?

Sekarang kita beralih sambutan malam merdeka di bangunan atau di pangsapuri...meriahnya tak juga kurang hebatnya. Terlihat anak-anak muda berdansa tanpa peduli orang lalu lalang. Pada mereka, mereka tak salah...rumah sendiri, duit sendiri...aku punya sukalah....Masyallah, memang dari segi luarannya tak salah tapi perbuatan itu sia-sia belaka lebih-lebih lagi anak-anak orang melayu yang secara automatiknya didaftarkan sebagai penganut Islam...Apakah mereka tak takut dengan azab yang bakal dihadapinya. Ada juga kata-kata lancang yang bertepik "dosa aku, kubur aku, aku yang tanggung lah". Ya Allah, mereka anggap semuanya serba mudah.

Ini belum lagi cerita orang kaya-kaya yang sibuk cari harta benda untuk anak isteri katakan. Pada mereka untuk apa mahu hayati kemerdekaan ni, Mercedes S class sudah gah menyusuri jalan ada driver lagi, mesyuarat hari-hari. Janji sana, janji sini. Orang lain diutamakan dari anak dan isteri. Pada mereka...haaaa duit dah bagi buatlah hal sendiri. Kasihan isteri dan anak –anak yang tidak punya masa bersama ayah dan suaminya. Janji dengan rakan niaga mesti tepati macam kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee "Sebelum subuh patik sampai" tapi dengan anak bini di tolak tepi..mmmmm.. kemudiankan boleh. Inilah dia orang yang benar-benar sudah merdeka. Atau mungkin dia terlupa? Wallahualam...

Akhir kata, renungkanlah pengiktirafan Allah kepada bangsa-bangsa, yang secara tidak langsung menyimpulkan bahawa Allah turut mengiktiraf bahasa-bahasa yang menjadi identiti setiap bangsa. Firman Allah dalam Surah Al-Hujuurat ayat ke-13 :

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Rumusannya, kita perlu kembali ke pangkal jalan, dimana usaha ini perlu dimulakan bermula daripada peringkat individu dan institusi keluarga. Kefahaman kita kepada makna kemerdekaan yang hakiki perlu diterjemahkan kepada cara kita mendidik anak-anak kita supaya berjatidiri tinggi, tinggi minda dan jiwanya serta tidak mudah kagum terhadap apa sahaja yang dipaparkan dan didatangkan daripada luar. Pemprosesan nilai agama perlu dititipkan dengan berkesan agar dapat membebaskan minda dan jiwa untuk kembali apa yang ada pada diri kita, sebagai seorang Melayu yang beridentitikan Islam, kerana Islam lah yang memerdekakan manusia menjadi insan yang berjiwa besar, tanpa mengenepikan penghargaan sesuatu bangsa terhadap apa yang mereka miliki.

Sunday, August 22, 2010

Bencana yang Diturunkan oleh Allah SWT Pasti Ada Sebabnya

Bencana Di Haiti sebelum dan Selepas


Kejadian Tsunami di Phuket, Thailand


Ayat-ayat dari Al-Quran
17.16 (QS. Al Israaâ ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israaâ ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya) , melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutny a serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya. Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Firâaun dan pengikut-pengikutnya.

Adakalanya kita tertanya-tanya adakah segala bencana yang melanda disebabkan atas ketentuan Allah yang telah pun tercatat di Luh Mahfuz atau memang sengaja diturunkan disebabkan oleh kelalaian dan kemunafikan manusia itu sendiri?

Menurut pandangan laman web Ridwan Phb yang saya baca tempoh hari penulis menyatakan mengenai kenapa berlakunya bencana alam:

Mengenai bencana alam seperti tsunami, gunung meletus atau gempa bumi, memiliki dua pendapat, bencana-bencana alam tersebut terjadi memang ujian yang sudah Allah rencanakan, atau juga sebagai azab terhadap manusia. Pertama, bencana alam sudah Allah tentukan kapan waktu terjadinya pada catatanNya, tidak peduli apakah pada saat itu manusia yang tertimpa bencana tersebut dalam keadaan ‘baik-baik saja’ dalam erti kata tidak bermaksiat kepada Allah atau memang sedang bermaksiat. Bencana yang seperti inilah yang menjadi ujian bagi manusia. Bagi orang-orang yang bersabar, ujian tersebut akan berubah menjadi rahmat, sementara bagi yang tidak bersabar akan jadi sebuah siksaan.

Pendapat kedua, bencana tersebut muncul sebagai teguran atau azab bagi manusia, ertinya bencana tersebut muncul akibat manusia yang sudah terlalu bermaksiat, musyrik. Ini sesuai dengan salah satu hadis Rasulullah yang menyatakan bahawa suatu kaum terhindar dari azab kerana ada salah seorang ‘warga’nya yang mengagungkan nama Allah. Al-Quran juga memberikan beberapa contoh kaum yang memang Allah azab kerana kesalahan mereka, itu ertinya jika kaum-kaum itu tidak melakukan kesalahan tersebut, azab tersebut tidak akan pernah ada, Inilah yang disebut Takdir Kolektif. Segala sesuatu di dunia ini terikat dalam hukum sebab-akibat yang semuanya sudah diatur oleh Allah. Kehendak Allah bisa juga diertikan sebagai aturan Allah. Api padam oleh air atau kulit menjadi keriput ketika tua, itu adalah sebuah aturan, Allah sudah menentukan segalanya sesuai dengan ukuran. Kerana itu, sebab-sebab kecelakaan pesawat, tenggelamnya kapal-kapal atau tergelincirnya kereta dari relnya, semuanya tunduk pada aturan ini. Disitulah peranan Allah yang sesungguhnya, menentukan aturan tersebut. Allah tidak menenggelamkan kapal ataupun menggelincirkan kereta. Meskipun Allah mampu melakukan hal tersebut, tapi Allah tidak akan pernah melakukan hal tersebut. Kapal tenggelam pasti ada sebabnya, kereta tergelincir pasti ada sebabnya, dari sebab-sebab itulah manusia belajar untuk memperbaiki kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan.

Oleh karena itu, bahawa kecelakaan-kecelakaan yang terjadi sesungguhnya disebabkan oleh kesalahan-kesalahan manusia yang tidak memperhatikan aturan-aturan Allah. Kita tahu, kapasiti suatu kapal adalah terbatas, tapi kita tetap memaksakan dengan memasukan beban yang melebihi kapasiti tersebut, maka wajar jika kapal tersebut tenggelam. Itu adalah aturan. Allah tidak menenggelamkannya, tapi aturan Allah lah yang menjadikan kapal tersebut tenggelam, kehendak Allah. Disinilah fungsi akal kita, untuk mengenal dan memahami bagaimana aturan Allah itu bekerja. Orang Jepun boleh mendirikan bangunan yang tahan gempa kerana menggunakan akal mereka, perahu bisa berlayar kerana manusia menggunakan akalnya. Semua itu mengikuti aturan Allah, ketika aturan itu kita langgar, boleh dipastikan akan terjadi suatu masalah, entah itu kecelakaan atau hal-hal lain yang tidak kita harapkan.

Bagi mereka yang bertaqwa mungkin merasakan ini adalah ujian bagi mereka untuk lebih mendekatkan diri kepada Nya...sentiasa mengambil ikhtibar di atas semua yang berlaku. Cuba memperbaiki diri sendiri kerana sentiasa merasakan diri begitu kerdil disisinya. Mereka tidak mengatakan ia sebagai kecelakaan atau musibah yang diturunkan oleh Allah SWT hanya kepada orang-orang yang munafik tetapi bagi orang-orang yang beriman juga.

Al-Qur’an dengan tegas menjelasakan bahawa sebab utama terjadinya semua peristiwa di atas bumi iniseperti gempa bumi, banjir, kekeringan, tsunami, penyakit taun (mewabah) dan sebagainya disebabkan oleh manusia itu sendiri, baik yang terkait dengan pelanggaran sistem Allah yang ada di laut dan di darat, mahupun yang terkait dengan sistem nilai dan keimanan yang telah Allah tetapkan bagi hambanya. Semua pelanggaran tersebut (pelanggaran sunnatullah di alam semesta dan pelanggaran syariat Allah yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul-Nya, termasuk Nabi Muhammad SAW), akan mengakibatkan kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah tersebut direalisasikan dengan berbagai peristiwa seperti gempa bumi, tsunami dan seterusnya. Semakin besar pelanggaran manusia atas sistem dan syariat Allah, semakin besar pula peristiwa alam yang Allah timpakan pada mereka.

Wahai rakan-rakan pembaca setia blogku, sebagai jalan untuk menghindari azab dari Allah SWT adalah dengan istighfar. Dalam Alquran Surah Al-Anfaal ayat 33 Allah berfirman, ”Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka (hamba-Nya), sedang kamu (Nabi Muhammad SAW) berada di antara mereka. Dan tidaklah (pula) Allah akan mengazab mereka (hamba-Nya) sedang mereka meminta ampun. Pertama Allah menjamin bahawa selama Nabi masih berada di tengah umatnya, tidak akan ada azab. Jaminan kedua adalah azab tidak akan ada kalau hamba-Nya beristighfar.

Oleh itu wahai pembaca semua...mari kita perhatikan tindak tanduk manusia di sekeliling kita pada hari ini. Apakah kita tidak takut kejadian tsunami pada tahun 2004 dan juga gempa bumi di Haiti tidak akan berlaku lagi? Jika kita lihat, kemaksiatan berleluasa di sana sini. Apakah Allah SWT tidak murka atas apa yang kita lakukan? Sedangkan aturan yang cantik telah disusun olehnya tetapi manusia begitu rakus untuk mengubahnya mengikut landasan yang menyempang dari suruhanNya...Apakah bencana yang sebegitu tidak berlaku lagiiii??? Wallahualam....berbalik semula mengenai negara kita, apakah Malaysia juga akan binasa akibat bencana alam atau sebaliknya??? Nauzubillah..minta dijauhkan bala bencana ini ke atas negara kita...semoga Allah taala sentiasa menjaga keharmonian negara kita selama-lamanya...Insyallahhhhhh