Friday, February 18, 2011

Apakah anda pernah melihat matahari di tahan daripada terbenam????

Matahari ditahan daripada terbenam



Assalamualaikum warahmatullah,

Bismillah. Ðaripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya’ iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitul Maqdis (untuk jihad).” (Hadis riwayat Ahmad dan sanadnya menepati syarat al-Bukhari)

Nabi Musa a.s. mempunyai seorang murid yang menemaninya mencari ilmu. Ðia ialah Yusya’ bin Nun dan Allah SWT telah memberikan hikmah kenabian serta mukjizat kepadanya. Setelah Nabi Musa a.s. wafat, Nabi Yusya’ a.s. membawa Bani Israil keluar dari padang pasir. Mereka berjalan sehingga menyeberangi Sungai Jordan dan akhirnya sampai di Palestin.

Ði Palestin terdapat sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta mempunyai penduduk yang ramai. Nabi Yusya’ dan Bani Israil yang bersamanya mengepung kota tersebut selama enam bulan lamanya.

Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk menyerang kota itu. Ðiiringi dengan suara laungan takbir dan berbekalkan semangat yang kuat, mereka berjaya menghancurkan pagar kota, kemudian memasukinya. Ði situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh dua belas ribu lelaki dan wanita. Mereka juga berjaya menawan beberapa orang kanan yang berkuasa. Akhirnya pada hari Jumaat mereka berjaya mengalahkan 11 orang raja yang berkuasa di Syam.

Peperangan itu mengambil masa yang panjang hingga ke waktu Maghrib. Ini bererti hari Jumaat akan berlalu dan hari Sabtu akan tiba. Menurut syariat mereka pada waktu itu, hari Sabtu adalah hari larangan berperang. Oleh kerana itu, Nabi Yusya’ pun berkata, “Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikut perinta Allah SWT, begitu juga aku. Aku bersujud mengikut perintah-Nya. Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar ia tidak terbenam!”

Ðengan izin Allah SWT, matahari tertahan daripada terbenam sehinggalah Yusya’ berjaya mengnakluki negeri itu. Bulan turut diperintahkan agar tidak terbit.

Setelah Nabi Yusya’ bin Nun dan kaumnya dapat menguasai kota tersebut, Nabi Yusya’ memerintahkan untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Namun api tidak mahu membakarnya. Lalu beliau meminta kaumnya bersumpah. Akhirnya terbukti bahawa ada sebahagian daripada kaumnya telah melakukan khianat iaitu dengan menyembunyikan emas rampasan sebesar kepala lembu.

Orang yang khianat itu mengembalikan apa yang mereka curi daripada harta rampasan itu. Setelah dikumpulkan dengan harta rampasan yang lainnya, semua harta rampasan tersebut hangus dijilat api.

Ðemikianlah syariat yang dibawa oleh nabi sebelum Nabi Muhammad SAW yang tidak membolehkan mengambil harta rampasan perang. Untuk umat Nabi Muhammad SAW, Allah SWT telah menyempurnakan syariat-Nya dengan mengharuskan untuk mengambil rampasan perangagar dapat dimanfaatkan oleh kaum Muslimin yang terlibat dalam peperangan dan golongan fakir miskin.

Setelah Baitulmuqaddis dikuasai oleh Bani Israil, mereka aman hidup di dalamnya dan antara mereka telah dilaksanakan hukum berpandukan syariat Taurat hingga akhir hayat Nabi Yusya’ bin Nun ini. Beliau wafat pada umur 127 tahun, manakala beliau berumur 27 tahun pada ketika kewafatan Nabi Musa a.s.

Rujukan : Ust Zahazan Mohamed di Solusi Isu # 26 

-- 
~ 睡眠不足のママ ~
Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself. – Leo Tolstoy

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤
Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

Wednesday, February 16, 2011

Kupu-kupu Berwajah Manusia????


http://www.metrogaya.com/files/imagecache/fullartikel350x240/pictures/artikel/kupu-kupu-berwajah-manusia.jpg

Warga Wonosari Surabaya digemparkan dengan penemuan kupu-kupu aneh. Serangga yang mempunyai pola mirip wajah manusia di atas kepalanya itu ditemukan Nafiah (55), warga Jalan Wonosari Wetan ID/12.

Nafiah menceritakan, saat itu dirinya sedang menimang cucunya. Tiba-tiba dia melihat ada haiwan yang menempel di tembik kamar. Kerana ingin tahu, perempuan  tersebut kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), yang diminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut, yang sebelumnya dianggap bekicot.

“Saya melihatnya pada Rabu (2/2/2011) lalu. Saat itu saya sedang ngudang cucu saya, eh saya lalu melihat ada hewan menempel di tembok kamar depan. Awalnya saya kira bekicot, setelah saya amati, ternyata itu kupu-kupu,” kata Nafiah, kepada wartawan di rumahnya, Jalan Wonosari Wetan ID/12, Minggu (6/2/2011).

Setelah diamati betul, ternyata sayap pada kupu-kupu itu membentuk sebuah wajah manusia. Karena dianggap unik, Nafiah kemudian memanggil Sutrisno. Oleh Sutrisno, kupu-kupu itu tidak ditangkap secara langsung, melainkan dituntun pelan-pelan untuk masuk ke dalam sebuah perangkap tikus yang disiapkannya. “Saat saya masukkan, kupu-kupu itu tidak mencoba kabur,” ujar Sutrisno.

Kerana bentuknya yang unik, kupu-kupu itu kemudian dirawat oleh Sutrisno. Makhluk bersayap itu dimasukkan ke sebuah kotak aquarium. Perihal penemuan kupu-kupu berwajah manusia itu kemudian menyebar dari mulut ke mulut sehingga banyak orang yang mendatangi rumah Nafiah hanya untuk melihat keunikan tersebut.

Dari pengamatan detiksurabaya.com, kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar (ngengat). Pola mirip seraut wajah manusia itu sendiri terbentuk pada sayap kupu-kupu itu. Pola itu terbentuk di ujung pangkal sayap. Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan di bawahnya ada goresan garis hitam yang membentuk semacam kumis.

Pola lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan di bawahnya ada selarik garis putih yang pada pola itu membentuk sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih. 

http://metrogaya.com/home/kupu-kupu-berwajah-manusia-hebohkan-surabaya