Saturday, December 4, 2010

Bagaimana Asal Usul Alam Semester menurut Pandangan Islam?? Keajaiban Sumber Ilmu dari Al-Quran

                                                Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta.Gambar 10. Sebuah bintang terbentuk dari gumpalan gas dan asap (nebula), yang merupakan peninggalan dari 'asap' yang menjadi asal kejadian alam semesta. (The Space Atlas, Heather dan Henbest, hal. 50)

Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut.
Gambar 11. Nebula Laguna adalah sebuah gumpalan gas dan asap yang berdiameter sekitar 60 tahun cahaya. Ia dipendarkan oleh radiasi ultraviolet dari bintang panas yang baru saja terbentuk di dalam gumpalan tersebut. (Horizons, Exploring the Universe, Seeds, gambar 9, dari Association of Universities for Research in Astronomy, Inc.)

Ilmu pengetahuan moden, ilmu astronomi, baik yang berdasarkan pengamatan maupun berupa teori, dengan jelas menunjukkan bahawa pada suatu masa seluruh alam semesta masih berupa 'gumpalan asap' (iaitu komposisi gas yang sangat rapat dan tak tembus pandang, The First Three Minutes, a Modern View of the Origin of the Universe, Weinberg, hal. 94-105.). Hal ini merupakan sebuah prinsip yang tak diragukan lagi menurut standard astronomi moden. Para ilmuwan sekarang dapat melihat pembentukan bintang-bintang baru dari peninggalan 'gumpalan asap' semacam itu (lihat gambar 10 dan 11).

Bintang-bintang yang berkilauan yang kita lihat di malam hari, sebagaimana seluruh alam semesta, dulunya berupa "asap' seperti itu. 

Allah telah berfirman di dalam Al Qur'an:

ثُمَّ اسْتَوَىٰ إِلَى السَّمَاءِ وَهِيَ دُخَانٌ
Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap,... 
(Al Fushshiilat, 41: 11)

Kerana bumi dan langit di atasnya (matahari, bulan, bintang, planet, galaksi dan lain-lain) terbentuk dari 'gumpalan asap' yang sama, maka dapat dibuat kesimpulan bahawa matahari dan bumi dahulu merupakan satu kesatuan. Kemudian mereka berpisah dan terbentuk dari 'asap' yang homogen . 

Allah telah berfirman:

أَوَلَمْ يَرَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنَّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ كَانَتَا رَتْقًا فَفَتَقْنَاهُمَا
Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. 
(Al Anbiya, 21:30)

Dr. Alfred Kroner adalah salah satu ahli ilmu bumi terkemuka. Ia adalah Profesor geologi dan Ketua Bahagian Geologi di Institute of Geosciences, Johannes Gutenberg University, Mainz, Jerman. Ia berkata: "Jika menilik tempat asal Muhammad... Saya fikir sangat tidak mungkin jika ia boleh mengetahui sesuatu semisal asal mula alam semesta dari materi yang satu, kerana para ilmuwan saja baru mengetahui hal ini dalam beberapa tahun yang lalu melalui berbagai cara yang rumit dan dengan teknologi mutakhir. Inilah kenyataannya." Ia juga berkata: "Seseorang yang tidak mengetahui apapun tentang fizikal inti 14 abad yang lalu, menurut saya, tidak akan pernah boleh mengetahui, melalui pemikirannya sendiri, bahawa dulunya bumi dan langit berasal dari hal yang satu."

Wallahualammmmbissawab....

Friday, December 3, 2010

Kerajaan Semut?? Ikuti kisah Nabi Sulaiman dengan semut....

Nabi Sulaiman bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperolehi keistimewaan dari Allah SWT sehingga boleh memahami bahasa binatang. Dia boleh bicara dengan burung Hud Hud dan juga boleh memahami bahasa semut. Dalam Al-Quran surah An Naml, ayat 18-26 adalah contoh dari sebahagian ayat yang menceritakan akan keistimewaan Nabi yang sangat kaya raya ini.
Firman Allah,
Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata, “hai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.
Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”
Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya,
Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia  untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku; kurniakan padaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
(An-Naml: 16-19)
Menurut sejumlah riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman as bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau perolehi rezeki dari Allah dalam waktu satu tahun?”
“Sebesar biji gandum,” jawabnya.
Kemudian, Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Setelah genap satu tahun, Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut. Namun, didapatinya si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu.
“Mengapa engkau hanya memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.
“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku yakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperoleh sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”
Bagaimanapun kayanya Nabi Sulaiman, dia tetap manusia biasa yang tidak boleh sepenuhnya dijadikan tempat bergantung. Bagaimana kasihnya Nabi Sulaiman, dia adalah manusia biasa yang menyimpan kedaifan-kedaifannya tersendiri. Hal itu diketahui oleh semut Nabi Sulaiman. Kerana itu, dia masih tidak percaya kepada janji Nabi Sulaiman ke atasnya. Bukan kerana khuatir Nabi Sulaiman akan ingkar janji, namun khuatir Nabi Sulaiman tidak mampu memenuhinya lantaran sifat manusiawinya. Tawakal atau berpasrah diri bulat-bulat hanyalah kepada Allah SWT semata, bukan kepada manusia.
Ini lah kerajaan semut yang tak pernah kita saksikan di bawah kita....subhanallah....

Thursday, December 2, 2010

Kiamat 2012?? ApakahPandangan Islam Tentang Perkara Ini??

Adanya ramalan bahwa dunia akan berakhir pada tanggal 21 Disember 2012 tentunya tidaklah menjadi risau apalagi ketakutan didalam diri seorang mukmin yang mengimani perkara-perkara yang ghaib, yang mengimani bahawa segala sesuatu yang terjadi di alam ini adalah atas kehendak Allah swt dan apabila Dia swt tidak berkehendak maka sesuatu itu tidak akan terjadi.

Ramalan akan terjadinya kiamat tahun 2012 itu disandarkan pada penemuan beberapa ahli astrologi kuno serta para ahli astronomi modern. Diantara yang menjadi sandaran dari astrologi kuno adalah ;
1.  Kalendar Maya
Tamadun Mayan yang terletak di tengah Amerika selatan dianggap sebagai tamadun termaju dalam pengentahuan sains masa .Dan Kalendar Mayan dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.Tamadun ini mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakarwala dan sistem solar.Kalendar kuno berhenti pada tarikh 21 Disember 2012 dan ini lah menyebabkan ramai beranggapan berlakunya kiamat ia itu insiden berakhinya dunia seperti yang di ramalkan.

2. Buku-buku ramalan Cina
Seorang penulis yang bernama Fahd Amir al Ahmadi mengatakan bahwa banyak ilmuwan yang bersepakat dengan suku Maya ini akan adanya kejadian besar pada tahun 2012. Di Asia, hal yang sama telah ditunjukkan oleh berbagai buku yang ditulis oleh para astrologi Cina bahwa keturunan Dinasti Chang—yang menguasai Cina sejak tahun 1766 SM—akan berlangsung selama 3778 M (yang bertepatan dengan tahun 2012 M)

3. Nostradamus
Di Perancis juga terdapat ramalan yang dibuat oleh seorang astrologi yang bernama Nostradamus bahwa planet-planet di angkasa akan bertembung sesama sendiri pada akhir tahun 2000 yang akan mengakibatkan hancurnya kehidupan setelah 12 tahun.

Sementara diantara para ahli astronomi modern yang mendukung ramalan kiamat tahun 2012 ini adalah :
1. Seorang ilmuwan matematika Jepun yang bernama Haido Itakawa pada tahun 1980 mengatakan bahawa planet-planet matahari akan tersusun didalam satu garis dibelakang matahari—dan kenyataan satu-satunya ini akan mengakibatkan kejadian di angkasa raya yang luar biasa yang boleh menghentikan kehidupan yang ada diatas permukaan bumi pada Ogos 2012.

2. Perihal kiamat tahun 2012 ini juga diberitakan oleh berbagai Jurnal Ilmiah Amerika yang bersumber dari NASA pada beberapa tahun terakhir bahwa teleskop yang diletakkan oleh NASA di ruang angkasa telah menemukan sebuah planet lain yang besarnya hampir sama dengan matahari dan dinamakan Nibiru.
NASA juga memberitakan bahawa planet Nibiru ini memiliki kekuatan magnet yang sangat besar yang hampir sama dengan yang dimiliki oleh matahari sehingga  membahayakan apabila planet ini mendekati orbit peredaran bumi. Dan diperkirakan bahawa planet Nibiru akan mendekati bumi dalam jarak yang mungkin boleh disaksikan dengan jelas oleh penduduk Asia Timur pada tahun 2009 bahkan akan memasuki orbit bumi pada tahun 2011 dan seluruh penduduk bumi akan dapat menyaksikannya sehingga ia bagaikan sebuah matahari yang lain. (http://forums.al3almi.net)
Menurut sumber lainnya disebutkan bahawa pada tahun 2012 plenet Nibiru ini akan memasuki bahagian dalam dari sistem suria kita sehingga menyebabkan gangguan graviti.
Namun demikian pendapat diatas juga mendapatkan banyak tentangan dari para ahli arkeologi maupun astronomi. 

Kiamat Menurut Pandangan Islam
Kiamat merupakan hal ghaib yang harus diimani oleh setiap muslim dan yang hanya diketahui oleh Allah swt saja seperti banyak disebutkan didalam Kitab-Nya maupun Sunnah Nabi saw, diantaranya :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ رَبِّي لاَ يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلاَّ هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ لاَ تَأْتِيكُمْ إِلاَّ بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ
Artinya : “Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. kiamat itu Amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba”. mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak Mengetahui”. (QS. Al A’raf : 187)
Ibnu Katsir mengatakan bahwa firman Allah,”Katakanlah:’Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.” Adalah perintah Allah swt kepada nabi-Nya saw apabila beliau saw ditanya tentang waktu terjadinya kiamat maka hendaklah beliau saw mengembalikan pengetahuan tentang itu kepada Allah swt. Sesungguhnya Dia lah yang menjelaskan waktu kedatangannya atau mengetahui kejelasan perkara itu dan bila kepastian waktunya. (Tafsir Ibnu Katsir juz III hal 518)

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا
Artinya : “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh Jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab : 63)

AKIDAH.
Sebagai umat Islam seseorang wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang dan pasti akan berlaku.Tetapi MASA BERLAKUnya hanya ALLAH sahaja yang mengentahui.Allah tidak memberi tahu seseorang pun sama ada manusia biasa mahu pun Rasul-Nya dan tidak seorang pun yang berupaya untuk mengentahui baki umur dunia yang masih tinggal hal ini berdalilkan wahyu Allah dalam Kitab al-Quran surah al-`Araf  ayat 187 yang terjemahnya seperti berikut(harap buka al-Quran):
`Mereka menanyakan kepada mu tentang kiamat,bilakah terjadinya? Katakanlah:Sesungguhnya penegentahuan tentang kiamat itu ada lah pada sisi Tuhanku.Tidak seorang pun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia(Allah).Kiamat itu amat berat(hura haranya bagi makhluk)Yang di langit dan di bumi.kiamat itu tidak akan datang kepada mu melainkan dengan tiba tiba.Mereka bertanya kepada mu seakan-akan kamu benar benar mengentahuinya.Katakanlah:Sesungguhnya pengentahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah,tetapi kebanyakannya manusia tidak mengentahui`.
Dalam Islam tidak ada satu nas pun yang menentukan tarikh bila berlakunya hari kiamat.`
Berdasarkan dalil diatas ketepatan masa berlakunya kiamat yang berdasarkan Kalendar Mayan boleh di tolak dan tidak boleh dijadikan pegangan oleh umat Islam.Namun begitu umat Islam wajib beriman dengan ADA nya KIAMAT danadanya tanda-tanda kiamat sebagaimana yang diberitahu oleh Rasulullah saw.Memang terdapat hadis hadis sahih yang menceritakan tentang tanda -tanda kiamat yang sedang dan akan berlaku sama ada tanda tanda yang besar besar atau tanda tandanya yang kecil kecil.
Gambaran hari dan masa berlakunya kiamat ada termaktub didalam al-Quran wahyu Ilahi ada dalam banyak surah antaranya ialah dalam surah Al-Qariah(Peristiwa besar) ayat 1 hingga 5. Surah Al-Infithar(Pecah belah)ayat 1 hingga 5. Surah At Takwir(Menggulung) ayat 1 hingga 7 dan kelanjutan peristiwa dan juga hujjah Allah swt hingga ayat 29.Dan juga ada tersebut dalam lain lain surah (Sila rujuk Al-Quran sebenar untuk lebih tepat sebagai dalil).
Terjemah ayat 1-5 surah Al-Qari`ah:
`Peristiwa besar
Apakah itu peristiwa besar?
Tahukah engkau,apa peristiwa besar itu?
Di hari manusia bagai kupu kupu yang bertebaran
Dan gunung-gunung bagai bulu yang dihembus.`
Terjemah surah Al-Infithar ayat 1-5:
Ketika langit pecah belah
Ketika bintang-bintang bertaburan
Ketika lautan melimpah-limpah,
Dan ketika kuburan di bungkar
(Dikala itu)setiap diri menegntahui apa
yang diletakkannya di muka
dan apa yang ditinggalkannya di belakang`
Terjemah dari surah At Takwir ayat 1-7:
`Ketika matahari telah digulung
Dan ketika bintang-bintang jatuh bertaburan
Ketika gunung-gunung telah dihilangkan
Dan ketika unta- unta betina telah ditinggalkan
Dan ketika binatang- binatang liar dikumpulkan
Dan ketika lautan bergelombang besar
Dan ketika diri(manusia) dikumpulkan `.

Hanya Allah SWT sahaja yang tahu bilakah berlakunya kiamat....wallahualam...

Monday, November 29, 2010

Kenapa ada hasad dengki di hati kita?

Hari ni aku nak cerita sikit la.. Mengenai kehidupan.. Mengenai manusia yang bongkak dan tak bersyukur dengan rezeki yang sedia ada.. Sedangkan rezeki yang Allah s.w.t beri kepada dia amatlah lebih daripada org lain.. Kadang2 aku terfikir, kenapa dia dianugerahkan rezeki sebegitu rupa.. Sedangkan dia tak bersolat dan berdoa pun kepada Allah s.w.t untuk meminta sesuatu.. Untuk berterima kasih kepada Allah s.w.t?? Jauh sekali.. Setiap apa yang dia dapat, dia akan hebahkan dan membuat org lain bengang..

Bukannya perasaan dengki atau cemburu, tetapi sebagai manusia yang biasa di muka bumi Allah s.w.t nih.. apa salahnya bantu membantu sesama insan.. Hrmm.. Tak payah la nak tunggu bantu sesama kaum yang lain, diberikan pelbagai alasan nanti.. Bantu sesama melayu?? Jauh sekali.. Melayu dianggap saingan.. Jika terlebih skit harta dunia ni.. Dia akan bersaing untuk mendapat tempat pertama!! Aku pun tak paham lah manusia jenis apa nih.. 
Jika mereka berlumba-lumba untuk membuat kebaikan adalah amat dialu-alukan.  Ini tidak kerja yang mencari dosa yang mereka lebihkan.  Adakalanya aku terpikir...apakah dosa insan yang melaksanakan kerja lebih dari tugas wajib yang mereka perlu buat.  Pada aku rezeki masing-masing, mungkin ini adalah salah satu peluang bagi mereka yang ingin mempertingkatkan kehidupan mereka.  Cuma pandai-pandailah untuk menjaga tugas yang wajib dilaksanakan.  
Timbul pula masalah wujudnya kumpulan antara sesama kita.  Kumpulan yang akan melebihkan kumpulannya dan mula mengutuk kumpulan yang lagi satu.  itu tak pe gak...kerana mereka tak sebulu...agaknya....tapi yang paling pelik...tiba-tiba orang yang tak tahu menahu atau jenis yang suka kibarkan bendera putih pun turut sama terkena tempiasnya.  So, dalam perkara sebegini siapa yang kita nk ikut?  kita juga perlukan kawan...tak kira apa jenis manusia itu kita perlu untuk berkawan...kita tak akan wujud kalau kita tak berkawan.  Jadi pandai-pandai lah untuk memilih kawan.
rezeki yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita tak salah untuk kita kongsikan bersama.  Tapi ada yang suka mengada-ngadakan cerita menganggap orang yang selalu menghulurkan bantuan tu cuma nak kipas orang atas atau nak meraih simpati dengan semua orang.  Masyallah, semua salahkan...nak buat yang baik pn dianggap salah..sedangkan orang yang nak melakukan kebaikan tu adakalanya tak terpikir langsung untuk mengipas orang lain.  Ini namanya Melayu yang suka mengada-ngadakan cerita dan suka jaga tepi kain orang.  Harap-harap dijauhilah sifat ini dalam diriku...insyallah

Ingat!! Rezeki ni semua dari Allah s.w.t.. Manusia yang baik juga dari Allah s.w.t.. Tetapi kalau perangai PHD and tahu nak mengada jer dan meraih simpati dengan taktik kotor tu.. Itu dari perangai Iblis, Syaitan Laknatullah…