Hari ni aku nak cerita sikit la.. Mengenai kehidupan.. Mengenai manusia yang bongkak dan tak bersyukur dengan rezeki yang sedia ada.. Sedangkan rezeki yang Allah s.w.t beri kepada dia amatlah lebih daripada org lain.. Kadang2 aku terfikir, kenapa dia dianugerahkan rezeki sebegitu rupa.. Sedangkan dia tak bersolat dan berdoa pun kepada Allah s.w.t untuk meminta sesuatu.. Untuk berterima kasih kepada Allah s.w.t?? Jauh sekali.. Setiap apa yang dia dapat, dia akan hebahkan dan membuat org lain bengang..
Bukannya perasaan dengki atau cemburu, tetapi sebagai manusia yang biasa di muka bumi Allah s.w.t nih.. apa salahnya bantu membantu sesama insan.. Hrmm.. Tak payah la nak tunggu bantu sesama kaum yang lain, diberikan pelbagai alasan nanti.. Bantu sesama melayu?? Jauh sekali.. Melayu dianggap saingan.. Jika terlebih skit harta dunia ni.. Dia akan bersaing untuk mendapat tempat pertama!! Aku pun tak paham lah manusia jenis apa nih..
Jika mereka berlumba-lumba untuk membuat kebaikan adalah amat dialu-alukan. Ini tidak kerja yang mencari dosa yang mereka lebihkan. Adakalanya aku terpikir...apakah dosa insan yang melaksanakan kerja lebih dari tugas wajib yang mereka perlu buat. Pada aku rezeki masing-masing, mungkin ini adalah salah satu peluang bagi mereka yang ingin mempertingkatkan kehidupan mereka. Cuma pandai-pandailah untuk menjaga tugas yang wajib dilaksanakan.
Timbul pula masalah wujudnya kumpulan antara sesama kita. Kumpulan yang akan melebihkan kumpulannya dan mula mengutuk kumpulan yang lagi satu. itu tak pe gak...kerana mereka tak sebulu...agaknya....tapi yang paling pelik...tiba-tiba orang yang tak tahu menahu atau jenis yang suka kibarkan bendera putih pun turut sama terkena tempiasnya. So, dalam perkara sebegini siapa yang kita nk ikut? kita juga perlukan kawan...tak kira apa jenis manusia itu kita perlu untuk berkawan...kita tak akan wujud kalau kita tak berkawan. Jadi pandai-pandai lah untuk memilih kawan.
rezeki yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita tak salah untuk kita kongsikan bersama. Tapi ada yang suka mengada-ngadakan cerita menganggap orang yang selalu menghulurkan bantuan tu cuma nak kipas orang atas atau nak meraih simpati dengan semua orang. Masyallah, semua salahkan...nak buat yang baik pn dianggap salah..sedangkan orang yang nak melakukan kebaikan tu adakalanya tak terpikir langsung untuk mengipas orang lain. Ini namanya Melayu yang suka mengada-ngadakan cerita dan suka jaga tepi kain orang. Harap-harap dijauhilah sifat ini dalam diriku...insyallah
Ingat!! Rezeki ni semua dari Allah s.w.t.. Manusia yang baik juga dari Allah s.w.t.. Tetapi kalau perangai PHD and tahu nak mengada jer dan meraih simpati dengan taktik kotor tu.. Itu dari perangai Iblis, Syaitan Laknatullah…
0 comments:
Post a Comment