Sunday, October 17, 2010

"Lelaki sukakan Lelaki (GAY) dan Wanita sukakan Wanita" (LESBIAN) ...Apa sudah jadi ni?...Sudah lama merebak bagaikan barah yang menular.

Aadakah pembaca blogku masih ingat kejadian yang pernah berlaku di sebuah kota di Itali iaitu Kota Pompeii??? Atau pembaca blogku masih kabur-kabur lagi cerita disebalik kota ini.? Kali ini ingin saya paparkan bagaimana sebuah kota yang mashyur akhirnya lenyap ditelan bumi hanya kerana bertindak diluar tabii manusia.  Ya Allah, ini lah yang paling saya takutkan apabila negara kita semakin lama semakin ramai yang cuba mengikuti budaya ini sedangkan mereka tahu hukum hakam disebalik perbuatan mereka. 

Gaya hidup begini juga atau lebih tepat lagi "Lelaki sukakan Lelaki (GAY) dan Wanita sukakan Wanita" (LESBIAN) sudah lama merebak bagaikan barah yang menular.. Malah sebahagiannya tanpa segan silu melakukannya di khalayak ramai dan ada pula yg terang-terangan mengiklankan diri demi kepuasan nafsu gila yg tak berpenghujung.

Al-Quran menceritakan kepada kita dalam ayat berikut bahwa tidak akan ada perubahan dalam hukum Allah.


"Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan sebenar-benar sumpahnya: Demi sesungguhnya jika datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, sudah tentu mereka akan menjadi orang-orang yang lebih betul jalan agamanya dari sebarang umat yang lain. Setelah datang kepada mereka seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, (maka kedatangannya itu) hanya menyebabkan mereka bertambah liar dari kebenaran, (42) Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi "Sunnatullah" (undang-undang peraturan Allah) dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi peraturan "Sunnatullah" itu. (43)- (Q.S: Al-Fatir 42 - 43).








Begitulah, “…sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunnah Allah…”. Siapapun yang menentang hukum Allah dan berusaha melawanNya akan terkena sunnatullah yang sama. Pompeii, yang merupakan simbol daripada keruntuhan akhlak yang dialami kekaisaran Romawi, adalah pusat perzinaan dan homoseks. Nasib Pompeii sama seperti yang dialami oleh kaum Nabi Luth as. Kehancuran Pompeii terjadi melalui letusan gunung berapi Vesuvius. Gunung Vesuvius adalah simbol negara Itali, khususnya kota Naples. Gunung yang telah membisu sejak dua ribu tahun yang lalu itu juga dinamai “The Mountain of Warning” (Gunung Peringatan). Tentunya pemberian nama ini bukanlah tanpa sebab. Azab yang menimpa penduduk Sodom dan Gommorah, yakni kaum Nabi Luth as, sangatlah serupa dengan bencana yang menghancurkan kota Pompeii. Di sebelah kanan gunung Vesuvius terletak kota Naples, sedangkan kota Pompeii berada di sebelah timur gunung tersebut. Lava dan debu daripada letusan maha dahsyat gunung tersebut yang terjadi dua milenium yang lalu memusnahkan penduduk kota tersebut. Malapetaka itu terjadi dalam waktu yang sangat mendadak sehingga menimpa segala sesuatu yang ada di kota termasuk segala aktiviti sehari-hari yang sedang berjalan. Aktiviti yang dilakukan penduduk dan segala peninggalan yang ada ketika bencana terjadi kini masih tertinggal sama seperti ketika bencana tersebut terjadi dua ribu tahun yang lalu, seolah-olah waktu tidak berubah dari tempatnya. Pemusnahan Pompeii daripada muka bumi oleh bencana yang demikian dahsyat ini tentunya bukan tanpa maksud. Catatan sejarah menunjukkan bahwa kota tersebut ternyata merupakan pusat kemaksiatan dan kemungkaran. Kota tersebut dipenuhi oleh meningkatnya jumlah lokasi perzinahan atau pelacuran. Tersangat banyaknya hingga jumlah rumah-rumah pelacuran tidak diketahui. Organ-organ kemaluan lelaki dengan ukurannya yang asli digantung di pintu tempat-tempat pelacuran tersebut. Menurut tradisi ini, yang berakar pada kepercayaan Mithraic, organ-organ seksual dan hubungan seksual sepatutnya tidaklah tabu dan dilakukan di tempat tersembunyi; akan tetapi hendaknya dipertontonkan secara terbuka. Lava gunung Vesuvius menghapuskan keseluruhan kota tersebut dari peta bumi dalam sekelip mata. Yang paling menarik daripada peristiwa ini adalah tak seorang pun mampu melepaskan diri daripada keganasan letusan Vesuvius. Hampir dapat dipastikan bahawa para penduduk yang ada di kota tersebut tidak mengetahui terjadinya bencana yang terjadi secara mengejut tersebut, wajah mereka terlihat berseri-seri. Jasad daripada satu keluarga yang sedang asyik menikmati makanan dapat dikesan pada detik tersebut. Banyak sekali pasangan-pasangan yang tubuhnya berada pada posisi sedang melakukan persetubuhan. Yang paling menghairankan adalah terdapat sejumlah pasangan yang berkelamin sama, dengan kata lain mereka melakukan hubungan seks sesama jenis (homoseks). Ada pula pasangan-pasangan lelaki dan wanita yang masih di bawah umur. Hasil penggalian fosil juga menemukan sejumlah mayat dengan raut muka yang masih utuh. Secara umum, raut-raut muka mereka menunjukkan ekspresi terperanjat, seolah2 bencana yang terjadi datang secara tiba-tiba dalam masa yang amat singkat. Dalam konteks ini, terdapat aspek daripada bencana tersebut yang sangat sulit untuk difahami. Bagaimana boleh terjadi ribuan manusia tertimpa maut tanpa melihat dan mendengar sesuatu apapun? Aspek ini menunjukkan bahawa penghancuran Pompeii sama seperti peristiwa-peristiwa azab yang dikisahkan dalam Alqur'an, sebab Alqur'an secara khusus mengisyaratkan “pemusnahan secara tiba-tiba” ketika mengisahkan peristiwa yang demikian ini. Contohnya, “penduduk suatu negeri” sebagaimana disebut dalam surah Yaasiin ayat 13 musnah bersama-sama secara keseluruhan dalam waktu sekejap. Keadaan ini diceritakan sebagaimana berikut : “Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati.” (QS. Yaasiin, 36:29). Di dalam surah Al-Qamar ayat 31, pemusnahan dalam waktu yang singkat kembali disebut ketika kehancuran kaum Tsamud dikisahkan:“Sesungguhnya Kami menimpakan atas mereka satu suara yang keras , maka jadilah mereka seperti rumput-rumput kering (yang dikumpulkan oleh) yang punya kandang binatang.” Kematian penduduk kota Pompeii terjadi dalam waktu yang sangat singkat sama sebagaimana azab yang dikisahkan dalam kedua2 ayat di atas. Walaubagaimanapun semua peringatan ini diberikan, tidak banyak yang berubah di wilayah di mana Pompeii dulunya pernah ada. Daerah2 Naples tempat segala kemaksiatan tersebar luas tidaklah jauh berbeda dengan daerah2 di Pompeii. Pulau Capri adalah tempat para kaum homoseksual dan orang-orang yang hidup telanjang tanpa pakaian tinggal. Pulau Capri diiklankan sebagai “syurga kaum homoseks” dalam industri pelancongan. Tidak hanya di pulau Capri dan di Itali, bahkan hampir di seluruh dunia, kerosakan moral sedang terjadi dan sayangnya mereka tetap saja tidak mahu mengambil pelajaran daripada pengalaman pahit yang dialami kaum-kaum terdahulu.
KAUM LUT

Kaum Lut ialah kaum Nabi Lut A.S. Mereka mendiami negeri Sodom ( Jordan ) di pinggir Laut Mati. Kehidupan mereka ini juga sangat mewah. Lantaran kemewahan yang lebih, mereka telah di hinggapi oleh penyakit moral ( akhlak ) yang besar, iaitu amalan ‘homoseks’. Nabi Lut diutuskan oleh Allah untuk menyeru kaum yang sesat ini supaya beriman kepadaNYA dan meninggalkan tabiat yang buruk itu. Namun mereka bertindak mempersenda Nabi Lut. Allah telah mengutuskan 2 malaikat yang merupakan diri mereka seperti lelaki, mendatangi Nabi Lut. Malaikat-malaikat itu menjelaskan kepada Nabi Lut bahawa mereka sebenarnya adalah utusan Allah. Kaum Nabi Lut yang derhaka itu akan diturunkan bala bencana oleh Allah dengan cara menurunkan HUJAN DARIPADA BATU-BATU BERAPI yang menyebabkan semua harta benda mereka terbakar. Kemudian bumi Sadum juga dibalikkan, menyebabkan kaum Lut yang derhaka itu binasa sama sekali. Rasulullah SAW bersabda ; yang bermaksud “Sesungguhnya yang paling aku takuti berlaku atas umatku ialah amalan Kaum Lut.” Sabda Baginda lagi, yang bermaksud: “Apabila berlaku kezaliman ke atas rakyat kafir yang berlindung di negeri Islam, maka negeri itu merupakan negeri musuh. Apabila berlaku zina, maka gadis-gadis Islam akan dirampas menjadi tawanan. Apabila berlaku homoseks, Allah akan biar biarkan mereka sehingga di lembah mana mereka akan binasa.” 
Perbuatan homoseksual atau fenomena hubungan seks sesama jenis tidak sepatutnya berlaku jika kita memahami hakikat kenapa manusia dijadikan Allah s.w.t. Manusia dijadikan secara alaminya berbeza, termasuk perbezaan jantina. Perbezaan jantina membuktikan adanya hasrat untuk hidup bersama, berkongsi sesuatu yang tidak dipunyai oleh jantina yang berlawanan. Semuanya itu diciptakan dengan asas dan tujuan yang satu, menjadikan hidup manusia bermasyarakat, beretika dan menghormati perbezaan. Allah s.w.t mencipta manusia lelaki dan perempuan, dan kerana itu tidak ada kelainan jantina selain dari itu.

Seorang lelaki dapat merasai nikmat apabila hidup bersama seorang wanita dalam konteks perkahwinan yang sah. Ketika itulah manusia mungkin sedar fungsi kekeluargaan, antara lelaki dan wanita akan menambahkan zuriat. Zuriat inilah yang menjadikan kelangsungan umat.

Kita semua patut berasa malu apabila baru-baru ini seorang pengawal keselamatan yang beragama Islam dan berbangsa Melayu dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah menyiarkan gambar tidak senonohnya melakukan hubungan sejenis dengan lelaki lain di Internet.

Manakala pada penghujung Mei, pihak berkuasa menangkap sebilangan pelanggan sebuah spa dan urutan untuk golongan homoseks di Cheras, Kuala Lumpur. Sebahagian besar daripada pelanggan itu juga berbangsa Melayu dan beragama Islam. Setelah itu, tujuh orang lelaki lagi ditahan di Pulau Tikus, Pulau Pinang kerana disyaki terlibat dengan gejala serupa. Perilaku ini semakin berkembang.

Nampaknya sesuatu perlu dilakukan segera untuk membendung gejala homoseks yang sedang ganas melanda negara tercinta ini. Gejala ini sudah terlalu parah. Justeru ubat untuk merawatnya juga perlulah kuat, keras dan mendalam. Undang-undang jenayah syarie juga kurang jelas, kerana pasangan sesama jenis yang berada dalam keadaan yang mencurigakan tidak boleh didakwa atas tuduhan khalwat. Takrif khalwat hanya terhad kepada pasangan lelaki dan wanita, tidak tertakluk kepada pasangan sesama jenis. Begitu juga peraturan-peraturan kecil yang digunapakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Pasangan sejenis yang berdua-duan secara mencurigakan di tempat awam, terlepas dari tuduhan melakukan khalwat, maka atas kelemahan itu menjadikan perilaku ini semakin berkembang.

Secara institusinya, kita memerlukan satu peraturan yang tegas. Kita perlukan pindaan, kalaupun tidak sebuah akta yang baru. Kita perlu mentakrifkan semula “makna berdua-duaan secara mencurigakan” kerana kekhususan khalwat hanya terpakai dalam aksi antara lelaki dan wanita.

Justeru itu perlu ada peruntukan di bawah kesalahan jenayah syariah di mana kita boleh mengambil tindakan dari segi undang-undang terhadap pasangan sejenis yang berada dalam situasi yang mencurigakan seperti mana juga yang kita telah peruntukan undang-undang terhadap kesalahan berkhalwat.

Tanpa rasa khuatir dan takut menerima tekanan kelompok ini, penggubal undang-undang mesti berani beriltizam untuk tidak menyemarakkan budaya yang bercanggah dengan etika, moral dan nilai agama. Kita mungkin boleh menjadikan apa yang pernah berlaku semasa zaman Nabi Nuh a.s sebagai pengajaran.

Apa yang sedang berlaku kini amat memalukan. Bagaimanapun, tanpa disedari, sebenarnya kita sendiri menjadi punca hingga menyebabkan golongan homoseksual semakin membiak dan berani.

Pelik, mengapakah golongan ini terus wujud dan semakin berkembang biak walaupun mereka tahu bahawa perbuatan itu dikutuk oleh agama dan bercanggah dengan undang-undang?

Dalam hal ini, pihak kerajaan perlulah bertindak dengan lebih cepat, tegas dan agresif dalam menanganni isu ini kerana ini kerana, majoriti yang terlibat dengan gejala homoseks tersebut adalah anak-anak muda Melayu yang beragama Islam.  Islam juga menganjurkan supaya mengajak saudara-saudara kita supaya menjauhi perbuatan yang dilarang agama. Jika usaha itu berjaya, kita akan mendapat rahmat dari Allah s.w.t....insyallah

0 comments: