Wahai pembaca blogku...cuba kita renungkan sejenak apakah selama ini kita telah berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita? Apakah perbuatan kita selama hari ini tidak mengguris hati mereka? Apakah kita sanggup membela nasib mereka semasa mereka sudah tua dan tidak mampu untuk menguruskan diri mereka sendiri? Apakah kita dapat menjaga mereka sepertimana mereka telah membesarkan kita dari sebesar tapak tangan sehinggalah kita berjaya sehingga kemenara gading? Cuba kita renungkan....
Moga-moga kita dapat berbakti kepada mereka semasa hayat mereka...insyallah kerana sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa."� (Surah al-Ahqaaf, ayat 15) Firman-Nya lagi bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya."� (Surah an-Nisa, ayat 36) Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya.
Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi. Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim. Sabda Rasulullah bermaksud: "Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami."� (Hadis riwayat Tabrani). Hadis itu menjelaskan 'tidak menghormati orang tua' sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim.
Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji. Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa.
Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah. Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka.
Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa."� (Hadis riwayat at-Tirmizi) Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan 'kasar' juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'ah' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut."� (Surah al-Isra, ayat 23).
Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: "Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya."� (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang salih yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak salih adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya."� (Hadis riwayat Muslim).
About Me
- Sue Enie
- Buatlah sesuatu dengan penuh keikhlasan dan mengikut kemampuan diri bukan mengharap puji.... Make something with sincerity and self-paced not expect praise
My Blog List
My favourite links
Blog Archive
-
►
2011
(17)
- ► Nov 27 - Dec 4 (2)
- ► Oct 23 - Oct 30 (2)
- ► Mar 13 - Mar 20 (4)
- ► Feb 20 - Feb 27 (1)
- ► Feb 13 - Feb 20 (2)
- ► Jan 30 - Feb 6 (1)
- ► Jan 16 - Jan 23 (1)
- ► Jan 9 - Jan 16 (4)
-
▼
2010
(64)
- ► Dec 19 - Dec 26 (4)
- ► Dec 12 - Dec 19 (3)
- ► Dec 5 - Dec 12 (5)
- ► Nov 28 - Dec 5 (5)
- ► Nov 21 - Nov 28 (1)
- ► Nov 14 - Nov 21 (1)
- ► Nov 7 - Nov 14 (3)
- ► Oct 31 - Nov 7 (1)
- ► Oct 24 - Oct 31 (2)
- ► Oct 17 - Oct 24 (3)
- ► Oct 10 - Oct 17 (1)
- ► Oct 3 - Oct 10 (2)
- ▼ Sep 26 - Oct 3 (3)
- ► Aug 29 - Sep 5 (6)
- ► Aug 22 - Aug 29 (6)
- ► Aug 15 - Aug 22 (6)
- ► Aug 8 - Aug 15 (2)
- ► Feb 14 - Feb 21 (3)
- ► Feb 7 - Feb 14 (1)
- ► Jan 24 - Jan 31 (2)
- ► Jan 17 - Jan 24 (3)
- ► Jan 10 - Jan 17 (1)
0 comments:
Post a Comment