Monday, December 20, 2010

Adakah anak terkenan (cacat) disebabkan kecuaian ibu bapa melanggar pantang larang???

mata biru kenan kucing

kenan katak

Benarkah amalan ibu semasa mengandung menberikan kesan kepada anak? Terutama bab yang buruk-buruk. Benarkah adanya kenan?
Kenan (kecacatan) dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi, berkait rapat dengan perkara-perkara yang dilakukan semasa mengandung yang bersangkutan dengan objek lain, contohnya kenan monyet, buaya, katak dan sebagainya. Kerana itu masyarakat Melayu ada banyak pantang-larang semasa mengandung, supaya si bayi tidak terkena kenan atau kecacatan ni.



Contoh pantang larang yang menjadi amalan semasa mengandung bagi orang dulu-dulu (sekarang pun ada kot): 
  • Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong-potong macam binatang tu).
  • Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.
  • Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
  • Jangan biarkan anak-anak lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.
  • Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
  • Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.
  • Jangan siang ikan nanti anak sumbing.
  • Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Untuk suami pun ada juga.
  • Jangan sembelih binatang nanti anak lahir cacat.
  • Jangan pukul binatang nanti anak akan terkena kenan binatang tersebut.
Berhati-hati dengan amalan pantang larang ni. Kerana mempercayai dengan yakin bahwa sesuatu boleh mendatangkan mudarat, selain Allah boleh membawa kepada syirik.  Mungkin ada yang benar-benar terjadi, namun saya percaya itu cuma satu kebetulan. Perlakuan-perlakuan di atas memang biasa kita buat hari-hari. 

Orang dulu-dulu, kebanyakan orang lelaki suka memburu binatang. Atau paling tak pun makan ayam sembelih sendiri… tiba-tiba dapat anak cacat, barulah dikaitkan dengan adegan-adegan membunuh, memotong binatang segala. Make sense kan?

Mana mungkin anak-anak yang lahir sempurna ni, mak-mak dia tak penah masak masa mengandung kan?  Semua benda-benda pantang larang tu adalah perkara yang biasa… jadi memang tak hairanlah kalau ia terjadi & orang dulu-dulu kaitkan la dengan potong binatang la, pukul binatang la… Mentang-mentang kalau anak tu lahir kurang anggota, so terus la dia relate dengan “Ni la akibat kau potong ayam masa mengandung dulu tengok anak kau kudung”, padahal dia yang kerja sebagai pemotong ayam di pasar tak ada problem pun.

Amalan membaca al-Quran dan surah tertentu menjadikan anak soleh, bijak dan sebagainya. Saya percaya ini adalah perkara long term. Bila ibu bapa mengambil berat soal penerapan nilai agama dari dalam kandungan, dah pasti dia akan teruskan bila anak dah lahir dan membesar. Tak mungkin ibu tu cuma mengaji masa mengandung je tapi bila anak dah lahir dia buat tak tau je kan. Haruslah didikan yang diberi pun yang terbaik.

Mendidik anak-anak memang satu proses yang bukan overnight. Ia bermula sejak kita memilih pasangan lagi. Kerana itu perkahwinan itu adalah atas dasar memilih, bukan main taram aje sesapa yang datang ajak kahwin.  Permulaan yang baik, insya-Allah akan mempunyai pengakhiran yang baik juga....



0 comments: