Thursday, December 16, 2010

Penampakana hantu dalam gambar...betul ke????

Petang ni hujan turun agak lebat...mmm...lalu tangan pun tercari-cari gambar yang diambil semasa percutianku baru-baru ni....ku lihat satu persatu.  Tiba-tiba hati berdetik, ada tak hantu yang terselit kat gambar yang aku ambil....mmm takut gak...mana lah tahu tiba-tiba ada gambar hantu yang terselit dalam gambar yang aku ambil.   lepas tengok satu persatu rupa-rupanya alhamdulillah...tiada yang pelik berlaku.  


Rakan-rakan pernah tak tengok gambar hantu yang terselit di antara gambar yang diambil?  Saya rasa gambar-gambar yang sebegitu memang ada di laman internet.  Tapi adakah betul atau tak itu wallahualam .  Cuma kita tidak boleh menafikan adanya mereka di sekeliling kita.



Kadang2 masalah juga bila orang cerdik terlebih cerdik, mereka beranggapan syaitan dan jin adalah perkara tahyul@kurafat. Mungkin sebab itu mereka menganggap syaitan, jin dan iblis itu adalah suatu imiginasi dari halusinasi disebabkan oleh keletihan dan stress. Hairan juga orang seperti ini mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji, tetapi memegang iktikad mazhab moden barat seperti ini? Terlalu banyak dalil mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis dalam Al-Quran dan Hadis.  Antaranya.
Firman Allah SWT:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Al-Jin:6.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. An-Nur:21.
Kesimpulan terhadap mazhab moden barat mengenai sihir, jin, syaitan dan iblis yang mengatakan ia adalah satu halusinasi, sebenarnya pengikut mazhab moden barat ini yang sedang berhalusinasi dengan egoistik dan tidak berpijak di dunia yang nyata.
Jadi mana pula datangnya terminologi hantu? Kerpercayaan karut orang Melayu? Seorang ustaz@lebai kat TV mengatakan bahawa hantu tak wujud kerana dalam Al-Quran dan hadis hanya menyebut tentang jin, syaitan dan iblis. Jadi hantu tak wujudlah? 
Sebenarnya “hantu” adalah satu terminologi, permainan bahasa yang merujuk kepada bangsa jin dan syaitan yang tinggal bersama dalam masyarakat manusia di negara kita. Dalam masyarakat melayu jin nakal@syaitan yang suka mengganggu manusia dinamakan sebagai “hantu”, dan dikelaskan mengikut rupa jelmaannya (toyol, bajang, langsuir, puaka dsb). Di negara barat mereka namakan sebagai “ghost”, dan dikelaskan seperti drakula, daemon, zombie dll. Bagaimana pula dengan “hantu bola”, ia bukan merujuk kepada jin sebalik orang yang terlalu taksub dengan bola sampai bola lah segala-galanya baginya, hidup dan matinya untuk bola. Jangan marah, :-) . Oleh itu, masalah istilah “hantu” bukan perkara pokok untuk dibincangkan.
Jom jamu mata dengan gambar-gambar hantu yang saya jumpa di internet....layannnn
cuba bayangkan kalau jumpa malam-malam macam ni...waaaaa

hantu macam ni elok ganggu para perokok..biar x hisap rokok lagi...hehe

jangan ambil gambar malam-malam tau bahaya...

Mak selalu pesan waktu maghrib jangan lagi berada kat luar rumah...bahayaaaaa

kepala hitam mucul antara pakaian putih...takuttttt..


kepada ada tapi kaki tak nampak....mmmm

makhluk apa ek yang suke tayang kaki ni??

ni hantu orang kaya-kaya..hehe

0 comments: