Tuesday, December 14, 2010

Melangkah Ke Alam Paranormal...Apa itu ORB???

Semalam  pergi tengok wayang kat sunway piramid, cerita Hantu Kak Limah balik rumah.  Ceritanya best gak...seram bercampur lucu...gelak ade...termenjerit pn ada.  Last2 kene tipu.  Apa tidaknya...ingatkan Kak Limah tu memang hantu...rupa-ruoanya gila.  Bila tengok ceta hantu ni teringat pulak kat orb...saya thu semua orang thu tentang orb ni kan.  So, kat cini cuma nak kongsi2 tentang orb...mana2 sahabat ku yang memang pakar dalam hal ni , boleh la berkongsi pendapat atau pun pengalaman.


 "Dan bahawa sesungguhnya ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada dari kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlain-lain" (Surah AL-Jinn:11) 

Sifat-sifat 

Orb merupakan penjelmaan makhluk halus paling mudah sekali…walaupun ianya paling mudah bagi mereka…kita tetap tidak dalam melihat mereka dengan mata kasar…Orb ini hanya boleh dilihat dengan rakaman kamera atau video digital…penjelmaan makhluk halus secara yang kita boleh lihat secara mata kasar, memerlukan satu bentuk tenaga yang tinggi…kerana secara teorinya makhluk ini berada dalam frekuensi yang rendah sedangkan kita yang hidup dalam dunia yang nyata dan serba kenyataan yang boleh dilihat dengan mata kasar ini, dalam frekuensi yang tinggi… 

Ia adalah suatu keganjilan yang biasa dialami oleh jurukamera sewaktu merakamkan imej-imej. Persamaan diantara kesemua orb yang telah berjaya dirakamkan adalah berbentuk bulat, bercahaya, hampir lutsinar dan sentiasa terapung di udara. Pada kebiasaannya, sesebuah orb akan mempunyai bahagian dalaman dan terdapat satu bintik ditengahnya yang dipanggil “nucleus”. 

Imej cahaya yang terhasil dari orb juga berbeza antara satu sama lain. Sesetengah dari orb-orb ini mampu memgeluarkan cahaya yang sangat terang manakala ada juga yang pudar dan sukar dilihat. 

Pergerakan orb juga pada kebiasannya adalah pantas dan amat jarang berada dalam keadaan statik. Rakaman orb dari perakam kamera digital boleh dianggap sebagai yang terbaik sekiranya imej tersebut mengandungi “ekor kecil” kesan dari pergerakkan laju dan tidak dijangka hala tujunya. 





Orb biasanya hadir di merata-rata tempat terutama yang mempunyai kesan peninggalan sejarah atau tempat-tempat tragis. Perubahan suhu dan cuaca amat jarang memberi kesan terhadap orb-orb menyebabkan ia adalah sejenis hantu yang paling mudah ditemui sekaligus menjadikan ia amat popular di kalangan pengkaji paranormal. 

Dipetik dari website www.Tinjau.com

0 comments: