FENOMENA SUPERMOON PADA 19 MAC 2011 (SABTU)
Sebenarnya saya sendiri tidak tahu tentang fenomena supermoon yang bakal berlaku pada 19 mac 2011 nanti. Hanya selepas membaca artikel tentang tsunami yang melanda pantai timur Jepun jumaat lepas barulah saya mengetahui yang beberapa saintis kononnya telah memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi. Saya mula taksub untuk membaca artikel-artikel tentang fenomena ini dengan lebih lanjut.

Bila dah jumpa beberapa artikel berkaitan tentang fenomena ni, jadi elok juga jika saya kongsikan di sini sebagai bacaan bersama.
Supermoon, Syzygy & Adi Bulan
Walaupun pada dasarnya saya boleh memahami sedikit-sebanyak fenomena ini tetapi baru kali ini mengetahui bahawa supermoon, syzygy atau adi bulan merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada fenomena berkenaan.

Supermoon adalah istilah umum yang digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana bulan berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi (perigee). Istilah ini tidak diterima secara meluas, terutama dalam komuniti saintifik.
Syzygy pula adalah istilah yang paling kerap digunakan oleh ahli astronomi bagi menggambarkan kedudukan objek dalam sistem suria, terutamanya yang melibatkan penyelarasan atau penjajaran tiga atau lebih objek dalam sistem suria (dengan kata lain objek berada dalam satu garis lurus).
Istilah adi bulan (bahasa Melayu) juga turut digunakan bagi menggambarkan fenomena tersebut. (Pertama kali mengetahui istilah ini di Berita Kosmo semalam)
Adakah Supermoon/Syzygy adalah fenomena biasa?
Ia adalah fenomena alam yang jarang berlaku, tetapi tidak juga boleh dianggap luar biasa kerana keadaan itu boleh diramal berdasarkan pergerakan bulan dan bumi. Fenomena ini juga pernah berlaku beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005. Pada tahun ini (2011), ahli astronomi meramalkan ia akan berlaku sekali lagi, iaitu pada 19 Mac.

Fenomena ini di catatkan telah berlaku pada tahun 1955, 1974, 1992 dan 2005 di mana supermoon 2005 telah menyebabkan gempa dengan kekuatan 9.0 skala richter di indonesia dan taufan Katrina di USA. Secara mudah supermoon ini adalah fasa penuh bulan (bulan purnama) tapi kedudukannya lebih hampir dengan planet bumi dari kebiasaan. Tarikan graviti bulan menyebabkan ganguan emosi pada planet bumi kita dan menyebabkan berlaku pelbagai bencana alam. Ada sesetengah pendapat yang tidak boleh di sahihkan mengatakan , kedudukan bulan yang hampir dengan planet bumi ini juga bukan sahaja mengangu emosi bumi tapi juga manusia. Bagi sesiapa yang pernah menonton filem ;bruce almighty; pasti teringat satu scene di mana 'tuhan' telah menarik bulan hampir dengan bumi ketika bercanda di balkoni dan menyebabkan bencana di sana sini...hehe...hanya selingan.
Supermoon juga menjanjikan satu fenomena yang menarik bagi peminat photography bagi merakam photo dengan keadaan bulan lebih hampir daripada biasa. Jadi bersiap sedialah bagi mereka yang berminat,bagi yang tak biasa shot bulan boleh mula study dan cari lokasi. cityscape seperti KLCC dengan bulan penuh juga menarik untuk di rakam jika kedudukan bulan sekitar itu.
Adakah fenomena ini bakal menyebabkan bencana alam?
Semasa fenomena ini berlaku kedudukan bulan akan berada terlalu hampir dengan bumi, iaitu pada kedudukan 356,577 kilometer berbanding 384,403 kilometer pada hari-hari biasa. Richard Nolle (seorang ahli astrologi yang mengendalikan laman astropro.com), menggelarnya sebagai “supermoon ekstrim”. Menurut ramalan beliau, pada ketika itu berkemungkinan badai besar (tsunami), gempa bumi, gunung berapi, air pasang besar dan bencana alam lain akan berlaku. Sama seperti Tsunami yang melanda Aceh (Indonesia) pada 26 Disember 2004 berlaku lebih kurang 2 minggu sebelum fenomena supermoon pada Januari 2005.

Bagaimanapun itu tidak semestinya betul kerana harus difahami bahawa astrologi mempunyai sedikit perbezaan dengan astronomi. Astrologi bukanlah ilmu pengetahuan yang nyata, tetapi hanya membuat hubungan antara peristiwa astronomi dan mistik. Sebahagian besar bencana alam tidak ada hubungannya dengan bulan sama sekali. Bumi mempunyai banyak tenaga hingga terpendam, dan ia melepaskan bila-bila masa walaupun bukan ketika supermoon.
Untuk bacaan lanjut boleh rujuk halaman: The Extinction Protocol dan Space
0 comments:
Post a Comment