Wednesday, March 16, 2011

Loji Nuklear di Jepun meletup..kadar radiasi meningkat....Malaysia terkena ke tempiasnya????


Kadar radiasi meningkat mendadak

Tahap radiasi lebih tinggi iaitu 400 kali ganda dicatatkan di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News. 

Mengikut Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.
NONE


Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

Sementara itu, agensi berita Kyodo, melaporkan paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan.
Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu.

NONE
Beberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

Lebih 2,400 disahkan terbunuh

Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu.

Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.

NONE
Pihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih - peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran.

Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut.

Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.

Sementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.

NONE

Menurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat 11/3 lalu.


NONE


Laporan lanjut mengenai perkara ini boleh dibaca kat bawah:-
Letupan itu dilapor menyebabkan beberapa pekerja cedera. Kerajaan Jepun mengesahkan letupan itu dan pembocoran radiasi serta berkata, ia akan menyiasat punca letupan itu.
Agensi berita Kyodo memetik Suruhanjaya Keselamatan Jepun sebagai berkata, sesium radioaktif dikesan berhampiran kawasan itu.
Menurut laporan, kegiatan radioaktif meningkat 20 kali ganda di luar.
“Loji itu mungkin mengalami proses peleburan,” lapor agensi berita Kyodo dan Jiji sebelum letupan berlaku sementara rangkaian televisyen NHK memetik agensi suruhanjaya berkenaan sebagai berkata, tiub logam yang mengandungi bahan api uranium mungkin sudah cair.
Sistem penyejukan loji terbabit rosak akibat gempa bumi besar yang melanda wilayah berkenaan 24 jam sebelum itu, memaksa pihak berkuasa bergegas memulihkan keadaan dan memindahkan lebih 45,000 penduduk yang mendiami lingkungan 10 kilometer.
Beribu-ribu lagi turut dipindahkan dari kawasan berhampiran loji kedua, Fuku- shima No 2, yang turut mengalami kerosakan pada sistem penyejukannya.
Sebahagian daripada rod nuklear dikatakan terdedah untuk seketika semalam selepas paras air penyejuk menurun dan sebuah kereta bomba terpaksa digunakan untuk mengepam air masuk ke dalam reaktor.
Pegawai Suruhanjaya Keselamatan Nuklear, Ryohei Shiomi berkata, penduduk yang berada di luar sekitar 10 kilometer dari loji itu tidak akan terjejas jika letupan berlaku.
Kebanyakan 51,000 penduduk yang tinggal di kawasan bahaya sudah dipindahkan

Walaubagaimanapun, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata, berdasarkan maklumat Agensi Nuklear Malaysia yang bekerjasama rapat dengan agensi nuklear di Jepun, letupan berlaku semalam adalah tidak serius..
A nuclear power plant in Fukumi , Japan exploded at 4.30 am today. If it rains 
tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. 
It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer.
Please pass, stay safe and remind everyone you know...
Ada terima sms seperti di atas????  Tentang hujan asid kat Malaysia akibat daripada kesan radiasi loji nuklear yang meletup tu sebaiknya kita berwaspada dan mengambil tidakan berjaga-jaga.  Walaupun ada sesetengah dari kita mengatakan tiada bukti yang sahih tentang hujan asid ini namun sebagai seorang yang mementingkan kesihatan lebih baiklah kita mengambil langkah berjaga-jaga....jangan sampai bila dah terkena radiasi baru nak menyesal dan sibuk menyalahkan orang lain....so pikir-pikirkan lah...

0 comments: