Monday, January 18, 2010

Ku gali keceriaan di sini...


Blinkie Graphics Generator at TextSpace.net

Sahabat

Sahabat yang segar persis bunga-bunga yang tak akan hilang serinya mekipun alam saling bergantian antara musim-musim dingin yang menikam...

Persahabatan tetap mekar di dahan akrab
Telah terbina jambatan Persahabatan untuk kita
Buatannya sangat teliti
Dari batu-batu harapan dan kepercayaan
Dari tiang-tiang ikhlas dan kejujuran

Kita adalah pemegang kekuatan keteguhan ia
Lalu jangan biarkan
Angin cemburu mengoyahkannya
Kerana taufan hasad dengki
Sentiasa bersedia merobohnya

Hargailah ia ke penghujung usia
Kerana ia dicipta
Sejak zaman azali kita
Oleh Yang Maha Esa

0 comments: